Lama rasanya kita dah terperap dalam rumah daripada satu PKP kepada satu PKP. Kini nampaknya situasi sudah semakin terkawal dan yang penting dah boleh rentas negeri!

Bila dah boleh merentas negeri ni, pastiya ramai yang mula rancang trip untuk luangkan masa bersama keluarga. Salah satu destinasi yang tak boleh diabaikan dalam perancangan percutian ialah Pulau Pinang. Kenapa? Negeri dengan nama ‘ayu’nya Pulau Mutiara inikan syurga makanan…

Memang banyak restoran dan gerai makanan viral yang berpangkalan di Penang, tapi rasanya tak ada lagi yang sama macam TwinCafe Sup88 yang terletak di Seberang Perai ni. Nak tahu sebabnya? Entri ini membongkarkan segalanya…

Gambar Dalam Kedai Twin Cafe Sup88

Kedai Makan Yang Santai & Selesa 

TwinCafe Sup88 telah ditubuhkan oleh dua orang adik-beradik kembar seiras yang menyambung legasi perniagaan bapa mereka. Sebuah kedai yang berkonsep santai, ianya sesuai dan selesa untuk dijadikan tempat menjamu selera bersama keluarga. 

Resepi Turun-Temurun Lebih 30 Tahun

Kedai makan ini menyediakan hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan resepi yang telah diwarisi sejak tahun 1988 lagi. Apa yang menariknya dengan resepi ini? Rempah ratus dan juga teknik yang digunakan masih sama seperti yang diturunkan daripada berpuluh tahun yang lalu.

Sup Gearbox Resipi Turun Menurun

Sup dimasak berjam lamanya dengan potongan daging, ayam atau pelbagai lagi isi lain bersama tulang untuk menjadikannya betul-betul kaw atau pekat. Hasilnya? Rasa sup yang padu, mustahil untuk anda berhenti pada hirupan pertama.

TwinCafe Sup88 Penang - Gambar Sup Kambing

Menu

Pelbagai jenis hidangan boleh didapati di kedai ini. Pertama sekali ialah masakan terpenting mereka iaitu menu berasaskan sup dengan pelbagai pilihan isi sama ada ayam, daging, meatball, kombo, gear box dan banyak lagi. Untuk gabungan yang lebih mengenyangkan, sup-sup ini boleh dinikmati bersama dengan bihun, kuetiau atau mee.

TwinCafe Sup88 - Gambar Sup Gearbox

Bukan setakat sup, ada juga hidangan lain seperti Nasi Ayam dan Tomyam. Kedai ini turut menyediakan pelbagai lagi masakan lain seperti Masak Merah, Masak Cili Padi, Masak Halia, Paprik dan banyak lagi. 

Mihun Sup Twincafe Sup88

Bagi yang kempunan nak makan Nasi Goreng, anda pasti tak akan kecewa melihat senarai masakan yang ada, daripada Nasi Goreng Biasa hinggalah kepada Nasi Goreng Ayam Black Pepper, ada lebih daripada 20 jenis Nasi Goreng kesemuanya! Gerenti rambang mata punyalah bila tengok menu makanan TwinCafe Sup88 ni.

menu nasi ayam twincafe sup88 penang

Tapi, alang-alang dah dapat datang sekali tu mesti nak cuba menu yang paling bestkan? Anda boleh cuba hidangan seperti Bihun Sup Campur yang tak kedekut dengan isi seperti daging, paru dan perut. Hidangan ‘terlajak laris’ lain pula ialah Nasi Ayam dan juga nasi goreng istimewanya yang dinamakan Nasi Goreng Tertutup.

TwinCafe Sup88 Penang - Nasi Ayam Gerpek

Bila dah makan tu, tak lengkaplah kalau tak tempah air sekalikan? Bila dilihat menu untuk minuman, tak kurang menariknya, ada air seperti Coconut Shake, Coffee Smoothie, Vanilla Smoothie, air kelapa segar dan banyak lagi!

Harga

Untuk menu Nasi Ayam, ditawarkan daripada harga serendah RM6.00 bagi Nasi Ayam Biasa sehingga RM11.00 untuk Nasi Ayam Special. Lapar sangat sampai sampai rasa tak cukup dengan saiz hidangan biasa? Anda juga boleh meminta ekstra nasi atau ayam dengan sedikit caj tambahan.

Bagi menu berasaskan sup, harga ialah daripada RM 6.00 ke RM 35.00. Seperti yang dikatakan tadi, sup ini boleh dinikmati sama ada dengan kuetiau, bihun atau mee. Tepuk dada, tanya selera.

Bagi Nasi Gorengnya pula, harganya ialah daripada RM 6.00 hingga RM 7.00. Tomyam ialah daripada RM 6.50 ke RM 10.00. Sajian lain seperti Masak Merah, Black Pepper dan sebagainya hanyalah serendah RM6.50. Terdapat juga menu lain iaitu Nasi Daging yang berharga RM 7 sepinggan.

TwinCafe Sup88 Penang - Nasi Goreng Daging Tertutup

Secara umumnya, harga yang ditawarkan untuk setiap menu di sini adalah sangat berpatutan dengan kualiti dan saiz hidangannya. 

Senarai Harga Makanan

A) Nasi Ayam

  • Nasi Ayam Biasa: RM 6.00
  • Nasi Ayam Tambah Nasi: RM 7.00
  • Nasi Ayam Tambah Ayam: RM 9.00
  • Nasi Ayam Special: RM 11.00 (nasi tambah ayam tambah paha dan atas paha)

TwinCafe Sup88 Penang - Gambar Hidangan Ayam

B) Bihun Sup

  • Bihun Sup Ayam: RM 6.00
  • Bihun Sup Daging: RM 6.00
  • Bihun Sup Perut: RM 6.00
  • Bihun Sup Perut Panjang: RM 8.50
  • Bihun Sup Paru: RM 6.00
  • Bihun Sup Hati: RM6.00
  • Bihun Sup Tulang: RM 10.50
  • Bihun Sup Ekor: RM 15.00
  • Bihun Sup Meatball: RM 7.00
  • Bihun Sup Gear Box: RM 11.00
  • Bihun Sup Campur: RM 9.50 (campur dua item daging, perut atau daging, ayam, paru, hati, meatball atau lebih daripada 3 item tambah RM 3.50 sahaja)
  • Bihun Sup Kombo: RM 35.00 (set kombo campur semua daging, ekor, tulang, perut, perut panjang, paru, hati)

C) Koteow

  • Kuetiau Sup Ayam: RM 6.00
  • Kuetiau Sup Daging: RM 6.00
  • Kuetiau Sup Perut: RM 6.00
  • Kuetiau Sup Perut Panjang: RM 8.50
  • Kuetiau Sup Paru: RM 6.00
  • Kuetiau Sup Hati: RM 6.00
  • Kuetiau Sup Tulang: RM 10.50
  • Kuetiau Sup Ekor: RM 15.00
  • Kuetiau Sup Meatball: RM 7.00
  • Kuetiau Sup Gear Box: RM 10.00
  • Kuetiau Sup Campur: RM 9.50 (campur dua item daging, perut atau daging, ayam, paru, hati, meatball atau lebih daripada 3 item tambah RM 3.50 sahaja)
  • Kuetiau Sup Kombo: RM 35.00 (set kombo campur semua daging, ekor, tulang, perut, perut panjang, paru, hati)

D) Mee Sup

  • Mee Sup Ayam: RM 6.00
  • Mee Sup Daging: RM 6.00
  • Mee Sup Perut: RM 6.00
  • Mee Sup Perut Panjang: RM 8.50
  • Mee Sup Paru: RM 6.00
  • Mee Sup Hati: RM 6.00
  • Mee Sup Tulang: RM 10.50
  • Mee Sup Ekor: RM 15.00
  • Mee Sup Meatball: RM 6.50
  • Mee Sup Gear Box: RM 10.50
  • Mee Sup Campur: RM 9.50 (campur dua item daging, perut atau daging, ayam, paru, hati, meatball atau lebih daripada 3 item tambah RM 3.50 sahaja)
  • Mee Sup Kombo: RM 35.00 (set kombo campur semua daging, ekor, tulang, perut, perut panjang, paru, hati)

TwinCafe Sup88 Penang - Laksa Che Keah

E) Sup

  • Sup Ayam: RM 6.00
  • Sup Daging: RM 6.00
  • Sup Perut: RM 6.00
  • Sup Perut Panjang: RM 8.50
  • Sup Meatball: RM 7.00
  • Sup Paru: RM 6.00
  • Sup Hati: RM 6.00
  • Sup Tulang: RM 10.50
  • Sup Ekor: RM 15.00
  • Sup Gear Box Medium: RM 30.00 Open Prise
  • Sup Cow Ribs (Tulang Rusuk ) Open Prise
  • Sup Campur: RM 9.50 (campur dua item daging, perut atau daging, ayam, paru, hati, meatball atau lebih daripada 3 item tambah RM 3.50 sahaja)
  • Sup Kombo: RM 35.00 (set kombo campur semua daging, ekor, tulang, perut, perut panjang, paru, hati)

TwinCafe Sup88 Penang - Menu Sup

F) Nasi Goreng

  • Nasi Goreng Biasa: RM 6.00
  • Nasi Goreng Ayam: RM 6.50
  • Nasi Goreng Ayam Merah: RM 6.50
  • Nasi Goreng Tertutup Ayam: RM 6.50
  • Nasi Goreng Daging: RM 6.50
  • Nasi Goreng Cina: RM 6.00
  • Nasi Goreng Tomyam: RM 6.50
  • Nasi Goreng Seafood: RM 6.50
  • Nasi Goreng Kampung: RM 6.50
  • Nasi Goreng Cendawan: RM 6.50
  • Nasi Goreng Paprik Ayam: RM 6.50
  • Nasi Goreng Paprik Daging: RM 6.50
  • Nasi Goreng Cili PADI: RM 6.50
  • Nasi Goreng  Ikan Masin: RM 6.50
  • Nasi Goreng Pataya: RM 6.50
  • Nasi Goreng  Ayam Halia: RM 6.50
  • Nasi Goreng Daging Merah: RM 6.50
  • Nasi Goreng Daging Halia: RM 6.50
  • Nasi Goreng Ayam Kunyit: RM 6.50
  • Nasi Goreng Daging Kunyit: RM 6.50
  • Nasi Goreng Daging Black Paper: RM 6.50
  • Nasi Goreng Ayam Black Paper: RM 6.50

TwinCafe Sup88 Penang Menu Nasi Goreng

TwinCafe Sup88 Penang - Menu Nasi Goreng Menu 2

G) Tomyam

  • Tomyam Ayam: RM 6.50
  • Tomyam Daging: RM 7.00
  • Tomyam Seafood: RM 7.50
  • Tomyam Udang: RM 7.50
  • Tomyam Sotong: RM 7.50
  • Tomyam Campur: RM 10.00

H) Lain-Lain

  • Masak Merah: RM 6.50
  • Masak Cili Padi: RM 6.50
  • Masak Halia: RM 6.50
  • Masak Paprik: RM 6.50
  • Masak Black Paper: RM 6.50
  • Goreng Kunyit: RM 6.50
  • Nasi Daging: RM 6.50

I) Minuman

TwinCafe Sup88 Penang - Menu Minuman

Fasiliti

TwinCafe Sup88 menyediakan ruang makan yang selesa untuk pengunjung yang datang bersama keluarga. 

Bagi yang lebih suka makan di rumah dan tinggal dalam radius kira-kira 8 km daripada kedai TwinCafe Sup88, anda boleh menggunakan aplikasi Grab Food dan makanan yang ditempah akan dihantar terus ke muka pintu. Nak take-away sendiri? Pun boleh. 

Lokasi

Kedai terletak di Taman Puteri Gunung, berhampiran dengan mini market S&J bersebelahan dengan kedai menjual buah-buahan. 

Alamat: No. 2, Lorong Putri Gunung 36, Taman Putri Gunung, 14120 Simpang Ampat Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis (11.00 pagi – 6.30 petang) | Khamis (Tutup)

Media Sosial

4/5 - (1 vote)