Umgawa Legendary Adventures | Zipline Menarik Di Langkawi, Jom Terbang Tinggi!

Umgawa Legendary Adventures - Cabaran Zipline Yang Mendebarkan
Sumber: galilioh

Nak terbang macam burung? Jom datang ke Umgawa Legendary Adventures dan lebarkan sayap anda. Umgawa Legendary Adventures, sebuah syarikat yang telah lama mengendalikan aktiviti zipline eco-canopy di Langkawi, menawarkan pengalaman meluncur di langit yang tiada tandingan.

Tarikan ini mengambil nama “Umgawa” dari filem Tarzan dan adalah satu amaran yang kepada segala makhluk hutan untuk berjaga-jaga dan melindungi diri, menarik bukan? Ini juga mencerminkan visi dan misi mereka untuk menyediakan pengalaman yang menarik sambil menjaga kelestarian alam sekitar.

Fasiliti yang lengkap untuk keselesaan pelawat
Sumber: umgawalegendaryadventures

Aktiviti Zipline Yang Menarik

Jika anda pilih untuk menyertai aktiviti zipline yang ditawarkan, anda akan dibawa mengembara melalui hutan rimba Langkawi, bergerak dari satu pokok ke pokok yang lain melalui sistem dawai zipline yang selamat. Sepanjang pengembaraan, peserta akan diberi penerangan mengenai ekosistem unik di sekitar mereka.

Umgawa Legendary Adventures - Aktiviti Zipline Yang Selamat
Sumber: umgawalegendaryadventures

Peserta dapat terbang meretasi 12 zipline yang berbeza dan berjalan diatas 3 jambatan udara. Dua dari zipline tersebut mempunyai kepanjangan tidak kurang 200 meter dan ketinggian 80 meter dari aras laut.

Dari ketinggian ini, pemandangan yang ditawarkan cukup mengagumkan kerana anda dapat melihat hutan tropika yang terbentang luas di setiap sisi yang anda pandang dan air biru kristal laut Andaman yang dapat di lihat dari jauh.

Jambatan Udara Yang Syok
Sumber: mary_bon_voyage

Dalam perjalanan ini, anda akan dibimbing oleh kakitangan pelatih yang berpengalaman dan sangat mesra. Sambil memberi anda bimbingan dan kata-kata semangat, mereka juga akan bercerita tentang sejarah dan kisah-kisah lagenda tentang pulau penuh misteri ini. Bukan itu sahaja, tugas utama mereka adalah untuk keselamatan anda terjamin sepanjang aktiviti jadi anda perlu bimbang.

Jurutunjuk Sedang Memeriksa Peralatan Keselamatan Pelawat
Sumber: umgawalegendaryadventures

Setiap peserta akan diberikan set peralatan yang lengkap, termasuk tali pengikat, penggantung, dan tali keselamatan.

Aktiviti zipline di Umgawa ini tidak terhad kepada orang dewasa sahaja; kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke atas juga dialu-alukan untuk ikut sekali.

Kelengkapan Zipline Yang Canggih Dan Selamat
Sumber: umgawalegendaryadventures

Kemudahan lain yang disediakan oleh Umgawa Legendary Adventures termasuklah kawasan rehat, kantin, dan kedai cenderamata.

Komitmen Umgawa Terhadap Alam Sekitar

Sebagai syarikat yang komited terhadap kelestarian alam sekitar, Umgawa juga menjalankan program konservasi. Mereka bekerjasama dengan pelbagai organisasi bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk melindungi ekosistem yang terdapat di pulau ini. Sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh disumbangkan untuk tujuan ini.

Papan Tanda Depan Umgawa Legendary Adventures
Sumber: umgawalegendaryadventures

Pengembaraan Legenda Umgawa di Langkawi bukan sahaja memberikan pengalaman yang mencabar, tetapi ia juga memberi peluang kepada peserta untuk menghargai kekayaan alam semulajadi yang terdapat di Pulau ini.

Jadi, jika anda merancang untuk melawat Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Pengembaraan Legenda Umgawa.

Alamat: Umgawa Legendary Adventures, 7 Wells Waterfall, Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap Hari (08:30am-04:30pm)

Media Sosial: Facebook | Instagram


Soalan Lazim

Umgawa Legendary Adventures sesuai untuk kebanyakan peringkat usia dan keupayaan fizikal. Kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke atas boleh menyertai aktiviti ini bawah pengawasan jurutunjuk yang berpengalaman.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat keselamatan yang perlu dipatuhi, seperti berat minimum dan jumlah maksimum peserta yang boleh pada setiap masa. Oleh itu, disarankan untuk menyemak syarat-syarat ini sebelum membuat tempahan.

Keselamatan peserta adalah keutamaan utama di Umgawa Legendary Adventures. Mereka menggunakan peralatan keselamatan yang terkini dan canggih untuk memastikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan. Peserta akan diberikan taklimat keselamatan dan demonstrasi penggunaan peralatan sebelum memulakan aktiviti. Jurutunjuk berpengalaman akan sentiasa memantau peserta sepanjang pengembaraan dan membantu mereka jika diperlukan.

Membuat tempahan terlebih dahulu adalah disyorkan untuk memastikan anda mendapatkan tempat pada hari yang anda diinginkan. Tempahan boleh dibuat melalui laman web Umgawa Legendary Adventures atau dengan menghubungi kami secara terus melalui telefon atau e-mel.