Kuala Lumpur menawarkan pelbagai restoran dan cafe yang cukup istimewa dan mungkin sekali jarang didapati di tempat lain. Terbaru, Underwood Bakers yang terletak di Bukit Bintang menambahkan warna dalam dunia kulinari Kuala Lumpur.
Restoran yang dihias dengan rekaan dalaman minimalis dan kontemporari ini memberikan suasana yang modern dan tenang.
Menawarkan pilihan ruang makan indoor dan outdoor, anda boleh memilih untuk makan di dalam dengan suasana yang cozy dikelilingi pencahayaan natural dari luar melalui skylight dan tingkap-tingkap besar atau makan di luar ala al-fresco dengan suasana garden yang aman.
Menawarkan menu yang simple tapi berkualiti tinggi, restoran ini mengetengahkan makanan berunsur bakery. Makanan seperti pelbagai jenis croissant, roti yang dibakar segar dan pastri-pastri dari luar negara, memang menjadi pilihan ramai untuk sarapan pagi ataupun minum petang.
Hidangan yang lebih berat seperti pasta, eggs Benedict dan waffle juga tersedia di sini. Namun, yang paling istimewa di sini adalah pilihan pizza mereka yang berbagai. Pizza yang mereka tawarkan dibakar khas dalam oven panggang kayu api atau wood burning oven.
Secara tradisional, pizza yang berasal dari Itali ini memang dibakar begini untuk memberikan rasa yang lebih smoky dan sedap. Mereka juga menawarkan seleksi kopi dan teh yang cukup tepat bila digandingkan dengan makanan yang mereka sediakan.
Apabila anda berada di sekitar Lembah Klang, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur ataupun Bukit Bintang, pastikan anda cuba sendiri pengalaman makan di Underwood Bakers ini.
Anda juga boleh ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk promosi dan maklumat terkini.
[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: 41, Jalan Sahabat, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 7.30am-5.30pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)[/su_tab][/su_tabs]