Villa Have2 | Penginapan Serba Mewah Untuk “Getaway” Istimewa

Janda Baik adalah antara destinasi percutian yang kian mendapat perhatian ramai, terutama sekali warga kota Kuala Lumpur kerana jaraknya yang tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur.

Villa Have2 - Gambar Kolam Renang Yang Bersambung Dengan Villa
Sumber: Villa Have2

Lokasinya menjadikan Janda Baik antara destinasi pilihan ramai. Dengan itu, sektor perhotelan dan penginapan homestay di Janda Baik semakin berkembang pesat. Antara homestay yang perlu anda cuba bila ingin ke Janda Baik ialah Villa Have2, sebuah penginapan yang serba lengkap untuk getaway istimewa anda sekeluarga.

Lokasi

Villa Have2 ini terletak di Jalan Cheringin 2, Kampung Janda Baik, Bentong. Dari ibu kota, ia akan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Villa ini terletak di atas sekeping tanah yang cukup luas dan besar.

Villa Have2 - Halaman Villa
Sumber: Villa Have2

Ia juga dikelilingi kawasan hutan dan pokok-pokok yang memberikan villa ini privasi yang optimum. Ia juga terletak di sebuah kawasan yang berbukit, jadi pemandangan dari Villa ini memang sangat cantik.

Villa Have2 (Janda Baik) - Gambar Pintu Masuk Depan Villa
Sumber: Villa Have2

Baca: 36 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Malaysia

Penginapan

Sebelum kami terangkan tentang semua tarikan dan kemudahan yang disediakan di sini, kami kongsikan dahulu tentang penginapan yang menanti anda disini. Villa utama di dalam pekarangan Villa Have2 ini merupakan sebuah banglo yang cukup besar dan tampak majestic.

Gambar Villa Dari Luar
Sumber: Villa Have2

Namanya pun Have2 jadi tentu la look yang mereka bawa juga sama mewah dan classy, setanding taraf orang berada. Terdapat 6 bilik tidur dan 7 bilik mandi di villa ini yang memuatkan sehingga 20 pax dengan cukup selesa.

Villa Have2 - Gambar Ruang Tamu Yasng Luas
Sumber: Villa Have2

Perhiasan di dalam Villa juga sesuai dengan luarannya yang nampak mewah. Mereka memastikan setiap ruang dan sudut di dalam rumah ini membawa tema tradisional dan modern seperti resort-resort 5 bintang. Memang cantik dan eksklusif.

Villa Have2 (Janda Baik) - Gambar Bilik Tidur Pertama
Sumber: Villa Have2

Selain itu, bilik-bilik tidur di sini semuanya dipastikan memberikan keselesaan yang paling memuaskan. Dengan penghawa dingin, kelengkapan asas dan bilik mandi en-suite di setiap bilik, tetamu yang tinggal di sini pasti merasa bagai di-Raja.

Gambar Bilik Air Mewah Persis Hotel 5 Bintang
Sumber: Villa Have2

Selain dari penginapan yang selesa dan eksklusif, rumah ini juga menawarkan ruang tamu yang luas dan selesa. Ruang tamu ini juga lengkap dengan semua kelengkapan dan hiburan yang anda perlukan untuk sebuah percutian yang istimewa.

Villa Have2 - Tempat Duduk Selesa
Sumber: Villa Have2

Malah, ada juga sudut-sudut kecil yang dijadikan sebagai ruang tamu tambahan bagi memberikan sedikit ruang privasi bagi yang memerlukan. Ada juga ruang makan yang besar dan selesa, sesuai dijadikan tempat menjamu selera bersama semua ahli keluarga.

Villa Have2 Bentong Pahang - Gambar Laluan di Tingkat Atas Yang Dihias Cantik
Sumber: Villa Have2

Villa Have2 juga menyediakan beberapa sudut dan ruang santai di bahagian luar rumah. Ini bukan sahaja menyediakan ruang makan lebihan atau ekstra untuk tetamu, ia juga boleh dijadikan sebagai ruang santai khas untuk sesetengah tetamu yang mahu berbual dan lepak bersama.

Villa Have2 Bentong Pahang - Gambar Patio Luar
Sumber: Villa Have2

Ada juga bahagian teres yang bersambung dengan ruang tamu dan ruang makan melalui pintu sliding. Ini mungkin golongan muda-muda tentu akan take-over.

Di bahagian luar rumah juga terdapat sebuah laman belakang yang sangat besar dan luas. Ada tetamu yang menjadikan ruangan ini sebagai tempat telematch atau bersukan bersama. Tetapi, ia juga sesuai dijadikan tempat untuk adakan sambutan dan majlis yang mungkin akan anda dan keluarga rancangan.

Bahagian yang rasanya paling penting di dalam rumah ini ialah dapur. Rumah besar ini mempunyai dapur basah dan kering yang cukup besar. Ini membolehkan tetamu memasak dan menyediakan sendiri makanan sepanjang bercuti di sini.

Villa Have2 (Janda Baik) - Gambar Dapur
Sumber: Villa Have2

Apa yang lebih memudahkan ialah kelengkapan dan kemudahan yang cukup lengkap di dapur ini akan membuatkan anda terasa seperti berada di dalam dapur sendiri.

Tarikan & Aktiviti

Baik, sekarang kami kongsikan apa yang menarik dan apa aktiviti yang mereka sediakan di sini. Anda pasti teruja!

Mini Farm

Sejurus masuk ke pekarangan Villa Have2 ini, anda akan disambut mesra dengan alam sekitar yang menenangkan.

Mini Farm Khas Untuk Tetamu
Sumber: Villa Have2

Di sebuah sudut, terletaknya sebuah mini farm yang mengandungi beberapa jenis haiwan yang dijaga di sini. Tarikan ini bagi kami adalah paling popular di kalangan anak-anak kecil. Tentu mereka seronok melihat itik, angsa, ayam, burung merak dan banyak lagi.

Tasik

Ya! Ada tasik dalam kawasan Villa Have2 ini. Lengkap dengan sebuah jambatan dan gazebo di mana anda dan keluarga boleh memancing.

Gambar Kolam Ikan Di Villa
Sumber: Villa Have2

Ia juga sesuai dijadikan tempat berehat dan berkelah. Selain itu jangan lupa bergambar, tempat sebegini tentu membuatkan gambar ootd anda lebih menarik.

Gambar Taman Dan Pondok Rehat

Kolam Renang

Tak Have2 lah kalau tidak ada kolam renang, kan? Jangan risau, di sini, memang cukup besar kolam renang yang mereka sediakan.

Ia juga bersebelahan dengan ruang tamu villa utama. Pemandangan dari kolam renang juga cukup cantik dan membawa suasana aman dan damai.

Sungai

Bukan sahaja tasik dan kolam renang, sungai pon ada. Di bahagian tepi Villa terdapat sebuah pintu kecil yang membawa anda ke sebuah sungai kecil. Jadi, jika anda dan keluarga ingin bersantai di sungai juga tiada masalah.

Trampoline & Basikal

Villa ini mempunyai ruang yang cukup luas. Jadi, anda boleh membuat permintaan tambahan untuk sebuah trampoline dan beberapa basikal disediakan untuk aktiviti riadah anda dan keluarga.

Karaoke & Netflix

Di ruang tamu utama yang serba lengkap tadi, mereka turut menyediakan fasiliti karaoke dan Netflix. Bolehlah anda dan keluarga adakan acara Movie Night atau pertandingan karaoke dan sebagainya. Pasti percutian ini tidak akan dilupakan.

BBQ

Tidak lengkap sebuah percutian berkeluarga tanpa malam BBQ, bukan? Anda akan dapat menikmati sebuah kawasan khas untuk BBQ yang telah dilengkapi dengan semua kemudahan dan perkakas yang anda perlukan untuk membakar. Anda cuma perlu bekalkan bahan-bahan dan makanan sahaja.

Kemudahan Berhampiran

Jika anda risau tentang keperluan dan bahan masakan, jangan risau, lokasi Villa ini hanya 5 minit sahaja dari kawasan komersil Janda Baik. Jadi mudah untuk anda ke gerai-gerai makan dan juga pasaraya serta kedai-kedai serbaneka untuk dapatkan keperluan anda.

Baca: 32 Tempat Menarik Di Janda Baik

Bagaimana? Hebat, kan? Jadi, pastikan anda pertimbangkan Villa Have2 di Janda Baik sekiranya bercadang untuk ke sini nanti. Jangan lupa ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. Selamat bercuti!

Laman Web: Villa Have2

Media Sosial: Facebook | Instagram

Alamat: Lot 5358 Jalan Cheringin 2, Bentong, Malaysia

5/5 - (1 vote)