Janda Baik, Pahang semakin lama semakin popular di kalangan pelancong. Baik dari dalam negara atau dari luar negara. Malah, ia juga menjadi antara pusat destinasi majlis perkahwinan yang top di Malaysia.

Villa Renai Resort Janda Baik - Gambar Kolam Renang
Sumber: @villarenairesort

Jadi, jika anda ada rancangan untuk ke Janda Baik nanti, mari kami kongsikan sebuah pusat penginapan yang modern dan selesa dengan persekitaran alam semulajadi yang dinamakan Villa Renai Resort.

Lokasi

Villa Renai Resort terletak di Kampung Sum Sum, Janda Baik. Dari ibu kota, anda akan mengambil masa lebih kurang satu jam atau lebih sedikit untuk sampai ke sini. Villa Renai Resort ini mempunyai suasana yang cukup istimewa kerana ia terletak di atas bukit, jadi cuacanya agak dingin.

Baca: 32 Tempat Menarik Di Janda Baik

Villa Renai Resort - Gambar
Sumber: @sarahamirudin

Pada sebelah siang, kadang kala ia berkabus, dan tentunya pada waktu malam sejuk saja cuacanya. Villa Renai Resort ini dihias dengan cukup teliti dan bergaya. Sekitar resort ini, nampak kemas dan teratur dengan aturan pokok-pokok dan bunga-bunga yang menghias sudut-sudut resort.

Sepanjang laluan untuk tetamu pula, lampu-lampu outdoor yang akan menerangi jalan ketika Malam menaikkan lagi seri resort ini. Laman yang dihiasi rumput yang terjaga dan menghijau juga memberikan suasana yang selesa di sini.

Villa Renai Resort - Gambar Chalet Yang Cantik
Sumber: @villarenairesort

Di keliling resort ini pula, hutan-hutan alami dan alam semulajadi pula membawa dinamik yang berbeza. Malah, sungai yang mengalir di sini, memberikan estetik yang cukup kontra dengan hiasan sekitar resort. Suasana di sini memang cukup aman dan damai.

Penginapan

Villa Renai Resort menawarkan 2 jenis villa sebagai pilihan penginapan untuk anda.

  • Villa 1 bilik
  • Villa 2 bilik

Villa-villa di sini dibina dengan gaya cottage dengan pilihan warna putih dan hitam. Bila dilihat dengan latar belakang hutan dan hiasan bunga-bunga yang ditanam di sekelilingnya, nampak cukup mewah dan eksklusif.

Villa Renai Resort - Gambar bilik
Sumber: @villarenairesort

Kedua-dua jenis villa didatangkan bersama 1 bilik mandi, ruang tamu dan ruang makan yang cukup kemas, selesa dan bersih. Malah, jika anda mempunyai tetamu extra, ruang tamu mereka cukup luas untuk dibentang tilam atau toto untuk penginapan.

Villa Renai Resort - Gambar ruang tamu
Sumber: @villarenairesort

Selalunya jika bercuti bersama kanak-kanak, kanak-kanak akan tidur beramai-ramai di ruang tamu, baru seronok. Ada lebih kurang 17 villa kesemuanya yang terbahagi secara rata antara villa 1 bilik dan villa 2 bilik. Jika anda nak sewa seluruh resort dan kesemua villa-villa pon best untuk adakan percutian family day secara besar-besaran.

Kemudahan & Fasiliti

Villa Renai Resort ini turut menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang akan menambahkan keseronokan kepada percutian anda sekeluarga.

Kolam renang

Villa Renai Resort - Kolam renang yang luas untuk pelanggan
Sumber: @villarenairesort

Kolam renang yang mereka sediakan bukan sahaja kemas dan bersih, terdapat 2 kolam renang yang terbahagi untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Jangan rasa kanak-kanak saja yang akan seronok tau.

BBQ

Percutian yang istimewa selalunya tidak lengkap tanpa BBQ. Peralatan dan kelengkapan BBQ tersedia di Villa Renai Resort. Anda cuma perlu membawa bahan sahaja. Nak pihak resort sediakan semua pon boleh, tetapi ada cas berasingan. Tentu sekali anda boleh menyambut apa-apa hari atau majlis istimewa juga.

Cafe

Di Villa Renai Resort ini juga terdapat sebuah cafe yang menyediakan pelbagai hidangan untuk anda sekeluarga. Cafe ini pula terletak bersebelahan dengan sungai. Jadi, sambil menjamu selera, bolehlah nikmati suasana yang aman dan tenang ini.

Villa Renai Resort - Gambar tempat piknik dan makan
Sumber: @villarenairesort

Yang paling istimewa, jika anda bernasib baik dan ada pada musim durian, pemilik resort dan cafe ini turut menjual durian khas dari Bentong untuk anda. Bolehlah pesta durian ramai-ramai.

Sungai

Di harapan cafe ada sebuah sungai yang mengalir. Sungainya agak cetek tetapi deras. Dengan suasana sejuk Janda Baik, tentu segar rasanya dapat mandi sungai. Si kecil pon mesti seronok.

Villa Renai Resort - Gambar Sungai
Sumber: @sarahamirudin

Villa Renai Resort adalah antara pusat penginapan yang boleh anda cuba apabila berkunjung ke Janda Baik nanti.

Baca: 12 Tempat Makan Menarik Di Janda Baik

Tentunya penginapan yang selesa, kemudahan yang lengkap dan suasana yang dingin dan aman akan membuatkan percutian anda lebih istimewa dan segar di ingatan. Jangan lupa untuk ikuti laman media sosial mereka untuk dapatkan maklumat lebih lanjut dan promosi terkini. Selamat Bercuti!

Media Sosial: Facebook | Instagram

📍 Alamat
Alamat: Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang