Musim cuti sekolah dan cuti umum adalah antara waktu terbaik dan terpadat untuk rancangan percutian bersama keluarga. Ramai yang mengambil peluang untuk adakan acara Hari Keluarga atau Family Day bersama kaum keluarga dan sanak saudara. Selalunya, acara dan majlis sebegini dilakukan di kampung halaman, atau jika ada bajet yang lebih, ke destinasi-destinasi tertentu bersama.
Buat anda yang ingin mengadakan acara ini di sekitar Pantai Remis, Kuala Selangor, mari kami kongsikan sebuah tempat ideal untuk berkumpul bersama, iaitu Villa Sajuri Homestay.
Villa Sajuri Homestay ini merupakan sebuah homestay jenis banglo yang berkonsep ala Mediterranean yang menawarkan percutian dan Family Day yang cukup istimewa buat anda seisi keluarga!
Lokasi
Villa Sajuri Homestay terletak di Jeram, yang berlokasi di antara Bandaraya Klang dengan Kuala Selangor. Ia tidak jauh dari ibu kota dan merupakan sebuah lokasi yang strategik, mendekatkan kaum keluarga sekitar Lembah Klang.
Ia berada dalam kawasan Sungai Sembilang yang bukan sahaja sebuah kawasan kampung nelayan yang cantik, tetapi ia juga berdekatan dengan Pantai Remis, jika anda dan keluarga ingin suasana yang lebih aman, romantis dan santai.
Penginapan
Villa Sajuri Homestay menawarkan sebuah banglo yang terhias indah dengan keselesaan 4 bilik tidur dan 6 bilik mandi. Homestay yang dihias dengan konsep Mediterranean ini juga lengkap dengan 12 katil. Secara amnya, lebih kurang 30 orang dapat memenuhi dan menginap di sini dengan selesa.
Tetapi apa yang membuat homestay ini istimewa? Mari kami beri gambaran. Sejurus sampai ke homestay, anda akan disambut mesra dan akan cukup teruja dengan bangunan berwarna jingga lembut ini. Dari luar sahaja sudah nampak eksklusif dan mewah.
Keunikan homestay ini semakin terserlah apabila anda masuk ke dalam. Banglo ini berbentuk huruf U dengan sebuah courtyard di tengahnya. Kalau nak gambaran lebih tepat, bayangkan rumah tradisional Latino seperti dalam filem animasi Encanto. Ya! lebih kurang begitu. Cuma homestay ini cuma mempunyai 1 tingkat.
Di tengah courtyard pula terdapat ruang santai dan juga kolam renang! Kolam renang di sini juga mempunyai bentuk yang unik dan menarik. Dari courtyard juga, anda boleh bergerak ke ruang-ruang luar lain di keliling banglo ini.
Terdapat banyak spot-spot yang cukup cantik dan praktikal di sini. Ruang untuk BBQ, taman permainan kanak-kanak dan juga tempat duduk minum petang telah disediakan di sekitar kawasan luar rumah.
Yang penting, semuanya insta-worthy dan boleh dijadikan latar belakang menarik untuk bergambar. Waktu begini la yang sesuai untuk adakan shooting bersama keluarga. Bahagian dalam banglo bukan sahaja dilengkapi dengan bilik tidur dan bilik mandi.
Malah, anda akan menikmati sebuah dapur yang cukup lengkap, cantik dan selesa. Tersedia dengan barangan-barangan dan kelengkapan asas seperti peti sejuk, tempat masak dan lain-lain, dapur ini cukup sesuai untuk anda dan keluarga gunakan untuk masak dan menyediakan persiapan malam BBQ nanti.
Ruang makan yang mereka sediakan di sini juga cukup besar dan selesa. Malah, kerana ruang makan ini bersambung dengan kawasan courtyard, menjamu selera bersama sambil beriadah bukan suatu impian ideal sahaja, ia mudah dijadikan realiti. Bayangkan jika anda ingin mengadakan sambutan atau majlis dengan perhiasan dan dekorasi. Tentu cantik, ditemani langit penuh bintang dan cahaya bulan.
Aktiviti & Kemudahan
Jika anda tertanya-tanya apa aktiviti dan kemudahan tambahan yang disediakan di sini? Mari kami kongsikan!
Pihak homestay telah menyediakan pelbagai fasiliti yang akan membuatkan penginapan, percutian dan acara anda lebih sempurna. Ini termasuk:
- Kolam Renang persendirian
- Peralatan BBQ
- Meja pool
- Ping Pong
- Ruang bermain golf
- WiFi percuma
- TV + Astro
- Kelengkapan Karaoke
- Bouncy castle (Taman permainan kanak-kanak – tambahan)
- Projector
Tarikan Berdekatan
Apabila sudah sampai ke sini, tentu anda dan keluarga ingin bersiar-siar sekitar kawasan terdekat, kan? Buat pengetahuan anda, hanya 20 minit sahaja untuk sampai ke kawasan komersil dan kedai-kedai makan. Selain itu, anda juga boleh mengambil peluang untuk ke tempat-tempat berikut:
- Bukit Melawati
- Pantai Remis
- Taman Fireflies Kampung Kuantan
- Sky Mirror Kuala Selangor
- Blue Tears Kuala Selangor
- Eagle Feeding Kuala Selangor
- Taman Eko Kuala Selangor
- 99 Speedmart – untuk dapatkan barangan dan keperluan
Itu dia, Villa Sajuri Homestay di Jeram yang boleh anda pertimbangkan sebagai penginapan, destinasi percutian atau lokasi majlis hari keluarga yang mungkin sedang anda rencanakan.
Kami pasti penginapan anda di sini adalah antara pengalaman yang tidak akan dilupakan. Pastikan anda ikuti laman media sosial mereka juga untuk ketahui lebih lanjut dan promosi terkini. Selamat bercuti!
Media Sosial: Facebook | Instagram
Alamat: LOT 299 Jalan Klang Batu 17 1, 2, Kampung Sungai Sembilang, 45800 Jeram, Selangor