Windmill Upon Hills, Genting Berikan Penginapan Dengan View Luarbiasa

Seringkali bila ke Genting Highlands, ramai yang akan menempah penginapan hotel atau resort. Namun, jika anda Inginkan kelainan, kami syorkan anda cuba penginapan baru Di Genting iaitu Windmill Upon Hills.

Windmill Upon Hills, Genting - Perempuan Baju Kuning
Sumber: @nazdearie

Terletak di Genting Permai Avenue, dikatakan lokasi ini sangat strategik kerana berdekatan dengan kedai serbaneka dan juga restoran-restoran. Ini akan memudahkan para pengunjung untuk mencari makanan dan keperluan ketika bercuti di Genting Highlands.

Windmill Upon Hills, Genting - Gambar Pool Panjang
Sumber: @chiamruh

Uniknya Windmill Upon Hills ini ialah reka bentuknya yang terinspirasi dari kancir angin atau windmill. Setiap bangunan di sini bercabang 3 yang menyerupai kipas kancir angin dari pandangan atas.

Baca: 10 Hotel Murah Di Genting Highland

Memang sangat cantik. Keunikan reka bentuk ini juga membolehkan anda mendapat pemandangan yang berbeza dari setiap sudut mengikut unit yang anda tempah.

Windmill Upon Hills, Genting - View
Sumber: @kevinlow26

Penginapan di sini berkonsep apartment yang memberikan anda dan keluarga suasana di rumah. Bolehlah anda merasa rumah kedua apabila bercuti. Setiap unit juga dilengkapi dengan 1, 2 atau 3 bilik dan lengkap dengan ruang tamu, dapur dan ruang makan.

Windmill Upon Hills, Genting - Gambar Bilik
Sumber: Booking.com

Kelengkapan unit-unit di sini juga termasuk mesin basuh baju, peti sejuk dan juga televisyen. Kemudahan apartment Windmill Upon Hills seperti kolam renang, taman permainan, gym dan ruang common sangat memudahkan anda dan keluarga untuk sentiasa terhibur.

Jadi, untuk percutian anda ke Genting Highlands akan datang, marilah cuba menginap di Windmill Upon Hills. Serba lengkap, selesa dan memudahkan anda. Tambahan pula, pemandangan dari sini, memang tiada tandingan.

Alamat: Jalan Permai, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang

Baca: 21 Tempat Menarik Di Genting Highland

4/5 - (1 vote)