Meluangkan masa di hujung minggu bersama keluarga merupakan salah satu pendekatan yang terbaik untuk menghabiskan minggu anda.

Advertisements

Kuala Lumpur dan kawasan sekekitar dilimpahi dengan tempat yang menarik untuk melakukan aktiviti yang seronok dan menyihatkan.

Zoo Negara Malaysia Kuala Lumpur - Entrance
Sumber: Faris Che Nordin

Walaupun terdapat banyak taman tema dan aktiviti luar untuk dilakukan di Kuala Lumpur, pada kami, tiada apa yang dapatmenandingi pengalaman berkunjung ke Zoo Negara dengan seluruh keluarga anda.

Zoo Negara Malaysia Kuala Lumpur - Harimau, Singa, Anak Singa
Sumber: Zoo Negara Malaysia

Sekiranya anda bercadang untuk membawa anak-anak untuk melihat panda, penguin, dan orangutan, kami telah nukilkan panduan untuk keluarga kami yang terbaik untuk lawatan Zoo Negara Malaysia!

Zoo Negara adalah zoo yang terbesar di Malaysia dan terletak di Ampang, Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1963, ia menempatkan 476 spesies mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan. Antara cara-cara untuk anda kesana ialah dengan  mengambil transit aliran ringan LRT ke stesen Wangsa Maju (Laluan Kelana Jaya) dan anda boleh membuat pesanan Grab atau teksi ke Zoo Negara.

Zoo Negara Malaysia Kuala Lumpur - Beruang, Badak Sumbu
Sumber: Zoo Negara Malaysia

Tambang purata adalah RM7  bagi laluan sehala untuk perkhidmatan Grab. Bayaran masuk untuk rakyat Malaysia ialah RM45 bagi satu orang dewasa, RM18 untuk  kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12 tahun, RM23 bagi seorang warga emas (60 tahun dan keatas) Bayaran masuk bagi mereka yang bukan warganegara ialah RM88 setiap  seorang dewasa atau warga emas, RM43 untuk setiap kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun. Bagi mereka yang datang dengan menaiki kenderaan sendiri, terdapat perkhidmatan tapak meletak kenderaan dengan kadar bayaran RM10 setiap kenderaan sekali masuk.

Dengan keadaan dunia yang sedang dilanda wabak merbahaya, Zoo Negara telah mengamalkan norma baru yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan melaksanakan langkah-langkah kesihatan yang ketat untuk mencegah penyebaran COVID-19 di tempat awam.

Pengunjung diminta untuk memuat turun dan mengimbas aplikasi SELangkah atau MySejahtera di pintu masuk dan mengekalkan jarak satu meter di antara pengunjung lain.

Kakitangan Zoo Negara juga akan melakukan pemeriksaan suhu di pintu masuk dan pengunjung dengan suhu di bawah 37.5 darjah Celsius sahaja yang dibenarkan untuk masuk.

Zoo Negara sangat menitik beratkan kemudahan bagi sesiapa yang berkunjung. Terdapat pelbagai kemudahan untuk keluarga di Zoo Negara seperti ruang loker yang disediakan di kaunter tiket. Bayaran sewa adalah sebanyak RM2 untuk setiap loker.

Zoo Negara Malaysia Kuala Lumpur - Reptilia House
Sumber: Zoo Negara Malaysia

Bagi yang kurang keupayaan untuk berjalan, pihak pengurusan Zoo Negara juga menyediakan kerusi roda yang boleh didapati di kaunter maklumat bahagian B.

Bayaran sewa adalah RM5 bagi setiap kerusi roda dan anda perlu membayar deposit yang akan dikembalikan sebanyak RM50 untuk setiap kerusi roda. Harus diingatkan yang bilangan kerusi roda adalah terhad.

Bagi yang mempunyai bayi kecil, Zoo Negara juga menyediakan perkhidmatan kereta bayi yang boleh didapati di stesen kereta sorong bayi yang terletak di Kaunter Maklumat B. Bayaran sewaan adalah RM20  bagi setiap kereta sorong dan anda perlu membayar deposit yang akan dikembalikan sebanyak RM50 untuk setiap kereta sorong. Unit kereta sorong juga terhad dan hanya terdapat di Tram Station, Multi-Animal Show, dan beberapa pameran utama.

Bagi yang tidak mahu berjalan, jangan risau kerana Zoo Negara juga  lengkap dengan tram yang sesuai untuk keluarga yang datang bersama dengan anak-anak dan orang tua Terdapat dua stesen tram di Zoo Negara yang mempunyai kadar bayaran yang berbeza.

Stesen Trem 1 mengenakan caj RM8 bagi seorang dewasa, RM5 untuk seorang kanak-kanak dan kadar untuk orang bukan warganegara Malaysia, harga adalah RM11 seorang dewasa, RM9 untuk kanak-kanak. Di Stesen Trem 2 pula mengenakan caj RM5 seorang dewasa, RM5 bagi setiap kanak-kanak dan untuk bukan warganegara Malaysia, harga adalah RM5 setiap dewasa, RM5 setiap kanak-kanak. Kanak-kanak di bawah 2 tahun boleh menaiki trem tanpa sebarang kadar caj bayaran!

Zoo Negara Malaysia Kuala Lumpur - Hippo
Sumber: Zoo Negara Malaysia

Bagi mereka yang datang dalam jumlah bilangan yang besar dan mahukan sesuatu yang khusus untuk kumpulan dan keluarga mereka, esuai untuk keluarga besar, Zoo Negara juga menyediakan perkhidmatan Tram VIP yang akan membawa pengunjung ke setiap bahagian haiwan. Perkhidmatan Tram VIP ini boleh memuatkan sehingga Sembilan orang.

Semasa kita berada di dalam kekangan PKPP Zoo Negara menawarkan harga promosi untuk perkhidmatan Tram VIP dengan harga RM199 sejam dan tambahan RM100 untuk setiap 30 minit; harga standard untuk perkhidmatan Tram VIP ini ialah RM300 sejam. Murahlah sedikit kan?

Zoo Negara Malaysia Kuala Lumpur - Gajah dan Orang Utan
Sumber: Zoo Negara Malaysia

Selain daripada pameran haiwan, terdapat banyak aktiviti yang boleh anda cuba lakukan di Zoo Negara sesuai untuk seisi keluarga seperti pertunjukan haiwan laut yang menampilkan anjing llaut, bersebelahan Hornbill Center yang dibuka dari hari Isnin hingga Khamis. Pertunjukan ini diadakan pada pukul 12:00 tengahari.

Zoo Negara Malaysia Kuala Lumpur - Tapir Kura dan Kura
Sumber: Zoo Negara Malaysia

Dari Jumaat hingga Ahad pula, waktu tayangan bermula pada pukul 11:00 pagi dan 3:00 petang dan 3.30 petang pada sesi hari Jumaat dan setiap hujung minggu, sesi memberi makan pada haiwan di bahagian Dunia Kanak-Kanak yang bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga pukul 1.00 petang dan disambung semula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 3.00 petang.

Zoo Negara Malaysia Kuala Lumpur - Panda Enclosure
Sumber: Zoo Negara Malaysia

Kami telah mengumpulkan beberapa pameran yang anda patut saksikan! Kunjungi Pusat Pemuliharaan Giant Panda yang menampilkan Xing Xing, Liang Liang, dan anak perempuan mereka Yi Yi.

Zoo Negara Malaysia Kuala Lumpur -Gambar Panda
Sumber: Zoo Negara Malaysia

Sebagai simbol hubungan diplomatik antara China dan Malaysia, panda gergasi ini akan mendiami Zoo Negara selama 10 tahun sebelum mereka kembali ke tanah air mereka di China pada tahun 2024 dan satu lagi pameran haiwan yang popular ialah Humboldt Penguin; bersempena penjelajah abad ke-18, Alexander von Humboldt menjadi rumah bagi 8 penguin Humboldt yang berasal dari negara Czech Republik pada tahun 2010.

Anda tidak perlu risau untuk mencari makanan halal di Zoo Negara kerana disini menempatkan pemilik restoran dan kafe milik Muslim. Bagi mengelakkan kesesakan, anda juga boleh menikmati makan tengah hari di kawasan perkelahan terletak diantara The Wild Restaurant dan Bear Complex.

Hanya ada satu ruang solat yang terdapat di Zoo Negara dan terletak berhampiran pintu masuk utama. Disebabkan Covid-19, diingatkan supaya membawa tikar sendiri,dan menjaga jarak satu meter. Sememangnya, Zoo Negara sesuai untuk seisi keluarga; pengalaman yang pasti tak dilupakan.