Zoo Teruntum | Hybrid Pertama Di Malaysia Dibuka Di Kuantan!

Penghujung tahun 2021 menyaksikan sesuatu yang cukup menarik dengan pembukaan zoo hybrid yang pertama di Malaysia di Zoo Teruntum, Kuantan, Pahang. Kalau anda nak tahu, zoo hybrid ini bukan sahaja yang pertama di Malaysia, malah mereka mencipta sejarah dengan menjadi yang pertama di dunia! Caya lah!

zoo teruntum - Taman Dinosaur
Sumber: @nicksyaaa

Zoo hybrid bukanlah sebarang zoo. Zoo ini, bukan sahaja tempat untuk anda dan keluarga melihat haiwan-haiwan yang biasa kita nampak di zoo, tetapi mereka juga menyediakan pameran haiwan pra sejarah yang telah pupus!

zoo teruntum - Dinosaur Encounter Entrance
Sumber: @zooteruntum

Macam Jurassic Park ke? Ya! Lebih kurang. Cuma taman hybrid ini tidaklah menghidupkan dinosaur yang telah lama pupus.

zoo teruntum - Patung TRex
Sumber: @zooteruntum

Dengan kehebatan teknologi animatronik dan kolaborasi bersama “Dinosaur Encounter”, mereka telah berusaha mencipta dinosaur-dinosaur animatronik yang nampak dan bergerak seakan-akan hidup.

zoo teruntum - Park

Seiring dengan haiwan-haiwan hidup dan dinosaur encounter ini, Taman Mini Zoo Teruntum ini juga dilengkapi dengan kafe-kafe bertema.

Baca: 30 Destinasi Terbaik Di Kuantan

Dengan persekitaran yang cukup menarik, terlalu banyak spot-spot menarik untuk dapatkan gambar-gambar insta-worthy.

Terdapat juga dinosaur laboratory atau makmal dinosaur. Kalau anda nak feeling-feeling saints la kan. Antara tarikan yang paling istimewa ialah the Hobbit House! Para peminat filem Lord of The Rings dan The Hobbit pasti seronok. Rupanya mirip sungguh macam yang sebenar di New Zealand tu.

zoo teruntum - Hobbit Stay
Sumber: Krol Muda

Ikuti laman media sosial Zoo Mini Teruntum Di Facebook untuk saksikan gambar-gambar menarik di sekitar kawasan di sana dan dapatkan maklumat terkini. Bagi anda yang berada di Kuantan atau merancang untuk ke Kuantan, ambil masa untuk ke sini. Seronok untuk bersama keluarga.

Alamat: Jalan Padang Golf 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia

Waktu Operasi: 9am-6pm (setiap hari)

Harga Tiket: RM25 (Dewasa), RM22 (Kanak-kanak)

4.4/5 - (5 votes)