Kawasan tanah tinggi Cameron Highlands yang mula diterokai pada tahun 1885 ini memiliki keindahan yang berbeza daripada kebanyakan destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia.
Kedudukannya yang terletak dari 1200 ke 2000 meter dari paras laut menjadikan ia sebuah destinasi indah yang jauh dari ketegangan kota. Udara yang segar dan tanah yang dilitupi kesegaran tumbuhan menghijau dengan pokok-pokok buah yang subur menjadikan perjalanan panjang untuk ke tanah tinggi ini terasa cukup berbaloi.
Disebabkan keindahan yang tersimpan di sini, ramai warga kota yang memilihnya sebagai destinasi pilihan untuk bercuti bersama keluarga. Maka, banyak sekali pilihan penginapan homestay yang disediakan untuk keselesaan penginapan beramai-ramai di kawasan tanah tinggi ini. Luas, jauh lebih murah dan lengkap seperti di rumah sendiri, menjadikan homestay antara pilihan yang terkenal di sesebuah destinasi pelancongan.
Homestay apa yang best di Cameron ni? Untuk memudahkan anda membuat pilihan, kami telah menyenaraikan 37 homestay di Cameron Highland yang menarik dan selesa untuk menjadikan percutian anda di sini penuh dengan kesempurnaan.
37. Rata House
Dengan jarak hanya 15km dari Ladang Teh Boh, Rata House merupakan antara homestay yang selesa untuk anda dan keluarga. Merupakan homestay jenis apartment, ia terletak di atas bukit dan menawarkan pemandangan yang cukup istimewa. Memang rasa tenang sangat bila ada di sini. Apartment juga dihias dengan penuh bergaya dan citarasa modern kontemporari.
Apartment ini mempunyai 2 bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik mandi en suite. Kedua-dua bilik juga mempunyai 1 katil bersaiz queen setiap satu.
Tidak perlu risau tentang penghawa dingin kerana tentunya cuaca di Cameron Highlands sudah pasti sejuk. Dapur serba lengkap dengan peti sejuk mini, microwave, Periuk nasi dan alatan makan tentu memudahkan anda sekeluarga nanti.
Alamat: A-3A-23A, Cameron Fair, Cameron Highlands
36. Golden Sweet Home @ CH Golden Hill
Jika anda bercadang untuk bercuti beramai-ramai bersama keluarga, adik beradik atau teman-teman, kami cadangkan anda menginap di Golden Sweet Home yang terletak di Golden Hill, Brinchang.
Antara yang membuatkan homestay ini menarik ialah lokasinya yang berdekatan dengan Pasar Malam Brinchang dan juga beberapa kemudahan seperti kedai serbaneka dan pasaraya.
Golden Sweet Home ini merupakan homestay jenis teres 2-tingkat. Lengkap dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, rumah teres ini boleh memuatkan ramai orang, lebih kurang 12 pax dengan selesa. TV dan WiFi percuma semestinya disediakan di sini.
Dapur serba lengkap juga disediakan untuk memudahkan anda sekeluarga nanti. Balkoninya juga menawarkan pemandangan pergunungan yang cukup indah.
Alamat: No.13, Jalan Golden Hills 15, Brinchang Vines 2, Cameron Highlands
35. Fun Apartment @ Equatorial Hill Resort
Fun Apartment di Equatorial Hill Resort terletak di Kea Farm, Brinchang. Homestay jenis apartment ini terletak di tingkat yang tinggi, di kawasan Bukit, menjanjikan pemandangan yang cantik dan luarbiasa.
Kepulan awan melitupi sebahagian kawasan pergunungan dapat dilihat apabila anda bersantai di balkoni apartment ini. Memang tenang rasanya, sambil menghirup teh atau kopi panas. Fun apartment ini dihias dengan cukup kemas dan cantik. Mempunyai vibe retro American, terasa sangat homey dan selesa.
Fun Apartment ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Bilik tidur utama mempunyai katil bersaiz queen dan 2 lagi bilik tidur lengkap dengan 2 katil single setiap satu. Jadi, secara umum, cukup selesa untuk 6 orang atau sekeluarga kecil.
Dapur yang selesa dan lengkap juga dapat digunakan dan dinikmati sepanjang percutian anda. Peti sejuk, toaster dan kelengkapan memasak tentunya akan memudahkan anda. Ruang tamu yang luas juga lengkap dengan TV dan WiFi percuma. Senanglah anda dan keluarga nak berhibur sambil berehat apabila di sini.
Alamat: Apartment W25-971 Equatorial Hill Resort, Kea Farm, Brinchang, Pahang, Cameron Highlands
34. Cameron Homestay @ Quintet
Sesuai untuk keluarga yang agak besar, Cameron Homestay di Quintet ini mampu memuatkan sehingga 10 orang dengan selesa. Terletak di Tanah Rata, Quintet merupakan homestay jenis apartment yang selesa, simple dan lengkap.
Dengan hiasan minimalis dan simple, anda tentu akan berasa selesa, seperti rumah sendiri. Cameron Homestay ini juga berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Cameron Highlands seperti Taman Rama-rama dan Mrs. Robertson’s Rose Garden.
Apartment 3 bilik ini dilengkapi dengan 5 katil bersaiz queen. Anda juga tidak perlu berebut kerana terdapat 2 bilik mandi di sini. Dapur agak ringkas mereka turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti peti sejuk dan rice cooker. Selain dari TV yang mereka sediakan, anda dan keluarga boleh meluangkan masa di gim atau taman permainan kanak-kanak yang disediakan di apartment ini.
Alamat: The Quintet, Jalan PMCJ, Tanah Rata
33. TR Homstay
TR Homstay di Tanah Rata adalah antara homestay jenis apartment yang boleh anda jadikan penginapan pilihan ketika bercuti di Cameron Highlands. Hanya 15km dari ladang teh Boh, lokasinya agak strategik kerana berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan lain.
Apartment ini bukan sahaja selesa dan cantik, ia juga sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak. Hiasan dalaman yang modern dan rumah yang lengkap dengan WiFi, anda sekeluarga pasti senang di sini.
TR Homstay mempunyai 2 bilik. Bilik pertama lengkap dengan 1 katil single dan 1 katil Queen manakala bilik kedua mempunyai 2 katil single 2-tingkat. Di ruang tamu pula katil sofa boleh memuatkan sekurang-kurangnya seorang lagi tetamu. Ini bermakna lebih kurang 8 pax akan selesa di sini.
Mereka turut memastikan anda selesa dengan beberapa amenities seperti kelengkapan mandi dan juga seterika. Dapur lengkap dengan peti sejuk, cerek, kelengkapan makan seperti pinggan mangkuk dan juga kemudahan asas. WiFi percuma turut disediakan di sini. Selain itu fasiliti apartment seperti taman permainan kanak-kanak boleh digunakan.
Alamat: Cameron Fair, Jalan Camelia Tanah Rata, Cameron Highlands
32. Darulmakmur Chalet
Darulmakmur Chalet Yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands ini adalah antara penginapan yang cukup menarik. Terdapat 14 bilik dan 2 homestay di sini untuk anda pilih mengikut kesesuaian.
Chalet ini mempunyai konsep English cottage jadi memang nampak tenang dan damai, sesuai dengan suasana kolonial Cameron Highlands. Ada ladang strawberry di sebelah chalet ini jadi jika anda pilih bilik yang tepat, dapatlah pemandangan ladang strawberry.
Dari 14 bilik di sini, ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu bilik Standard, bilik Queen Deluxe dan bilik Family. Namun, anda mempunyai pilihan homestay yang dipanggil Queen Suite. Dalam queen suite ini, terdapat 2 bilik yang lengkap dengan 1 katil Queen setiap satu dan 1 katil sofa di ruang tamu. Jadi, sesuai dan selesa untuk keluarga yang lebih besar.
Di Darulmakmur Chalet ini juga, anda boleh menikmati terrace berkongsi di mana anda dan keluarga boleh lepak dan chill di luar sambil menikmati udara sejuk, minum teh dan bergaul bersama tetamu lain. Terdapat juga kemudahan lain seperti tempat BBQ.
Alamat: 45, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang
31. Zetter Suites @ Cameron
Ingin feeling-feeling seperti golongan aristokrat British? Cubalah Zetter Suites @ Cameron Highlands yang terletak di Barrington Square, Golden Hills. Zetter Suites ini merupakan homestay jenis hotel apartment.
Jadi, penginapannya berkonsep apartment tetapi service dan amenities adalah bertaraf hotel. Tambahan pula, setiap unit dihias dengan konsep ala Victoria yang menjadikan suasananya tampak mewah dan sofistikated. Malah, lounge dan restoran yang ada di Zetter Suites ini juga dihias dengan penuh bergaya, sesuai dengan konsep Victorian mereka.
Terdapat 4 jenis penginapan di sini yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda sekeluarga. Studio suite yang sesuai untuk pelancong solo atau berpasangan, Suite 2-Bilik yang sesuai untuk golongan berkeluarga atau 2 pasangan, Duplex Suite yang juga sesuai untuk golongan berkeluarga atau Suite 3-bilik yang sesuai untuk keluarga yang lebih besar.
Setiap unit dilengkapi dengan TV berserta astro, ruang tamu dan ruang makan. Yang lebih istimewa, setiap unit juga dilengkapi dengan kitchenette atau dapur mini yang serba lengkap dengan peti sejuk, tempat masak, microwave oven dan cerek. Impressive!
Alamat: C-G-31,32 & 33, Barrington Square, Jalan Golden Hill 1, Cameron Golden Hill
30. Quintet Serviced Apartments @ Cameron
Sebuah homestay jenis apartment, Quintet Serviced Apartments menawarkan keselesaan dan kemudahan dalam suasana penuh bergaya. Terdapat 2 jenis unit di sini dan setiap satu dihias dengan konsep yang sangat unik.
Kedua-duanya membawa konsep modern dan funky dengan hiasan geometric dan diseimbangi dengan beberapa perabot yang simple dan elegan. Memang selesa untuk anda sekeluarga.
Ada 2 jenis bilik di sini iaitu Apartment 3-bilik standard dan Apartment 3-bilik deluxe. Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Selesa Untuk sekurang-kurangnya 6 pax.
Setiap unit juga mempunyai dapur yang lengkap dengan kelengkapan seperti peti sejuk, cerek dan microwave yang tentunya memudahkan anda sekeluarga nanti. Anda juga dialu-alukan menikmati fasiliti yang tersedia di sini termasuk taman permainan.
Alamat: Jalan Tengkok Tanah Rata, Cameron Highlands
29. Mossy Homestay @ Palas Horizon
Mossy Homestay @ Palas Horizon menawarkan homestay jenis apartment. Anda boleh memilih di antara apartment 3-bilik atau apartment 4-bilik. Setiap unit dihias dengan gaya minimalis yang tampak simple, modern dan stylish. Warna putih menjadi warna utama perhiasan di sini, dengan percikan warna yang lebih berani dan gelap di sana sini. Memang cantik dan selesa.
Setiap unit di Mossy Homestay ini lengkap dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur yang serba lengkap. Kelengkapan seperti peti sejuk dan tempat masak tentu akan membuatkan percutian anda sekeluarga lebih mudah.
Apartment 3-bilik boleh memuatkan sekurang-kurangnya 6 pax dan apartment 4-bilik mampu menampung sehingga 7-8 pax. Bolehlah anda pilih mengikut kesesuaian keluarga anda.
Alamat: Palas Horizon Residence, Palas Horizon Kea Farm, Cameron Highlands
28. PLAY @ Palas Horizon
Sebuah lagi homestay apartment yang boleh anda cuba ialah PLAY @ Palas Horizon. Terdapat beberapa unit di sini untuk anda pilih mengikut kesesuaian anda sekeluarga.
Setiap unit dihias dengan cukup simple namun home-ly yang membuatkan anda berasa seperti berada di rumah sendiri. Tambahan pula, anda dialu-alukan menggunakan fasiliti di sini seperti taman permainan dan gim.
Anda boleh memilih antara apartment 3-bilik dan apartment 4-bilik. Setiap unit memuatkan jumlah tetamu yang berbeza jadi, pilih dengan baik ya. Anda boleh menikmati kemudahan seperti TV dan mesin basuh. Di bahagian dapur, ada tersedia peti sejuk dan tempat masak yang akan membuatkan percutian anda lebih ringkas dan mudah.
Alamat: Palas Horizon Residence, Palas Horizon, KEA Farm, Cameron Highlands
27. Muslim Boutique Apartment
Muslim Boutique Apartment merupakan homestay jenis apartment yang menjanjikan keselesaan dan kemudahan yang cukup sempurna. Terletak dalam bangunan yang dibina pada tahun 2017, apartment ini berdekatan dengan kawasan bermain golf, berbasikal dan memancing.
Apa yang lebih memudahkan ialah apartment ini lengkap dengan dobi, pasaraya dan restoran di bawah yang pastinya akan memudahkan tetamu.
Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi dan akan memuatkan sehingga 8 orang dengan cukup selesa. Anda juga diberi kemudahan seperti TV dan WiFi untuk hiburan anda.
Dapur serba lengkap cukup selesa untuk anda dan keluarga. Ada peti sejuk, tempat masak, periuk nasi, microwave, cerek dan kelengkapan memasak untuk anda gunakan sekiranya mahu menikmati juadah hidangan sendiri.
Alamat: Jalan Tengkolok Cameron Highlands, Cameron Highlands
26. V Cozy Homestays
V Cozy Homestays merupakan koleksi homestay jenis apartment yang sedia menyediakan penginapan untuk anda dan keluarga. Terletak di Brinchang, ia berdekatan dengan Cactus Valley dan Kuil Thandayuthapani Swami. Setiap unit di sini dihias dengan gaya modern kontemporari yang bukan sahaja selesa tetapi tampak mewah dan anggun.
Terdapat beberapa unit yang boleh anda pilih dan terbahagi kepada studio Deluxe Queen dan Apartment 3-bilik tidur. Bagi apartment 3-bilik tidur, ia juga dilengkapi dengan 3 bilik mandi.
Studio Deluxe Queen lebih sesuai untuk pelancong solo, berpasangan atau pasangan bersama anak kecil, manakala apartment 3-bilik mampu muatkan sehingga 8 pax dengan selesa. Jadi, ia lebih sesuai untuk pelancong berkeluarga atau berkumpulan. Dilengkapi dengan TV, WiFi dan dapur ringkas bersama peti sejuk dan cerek, pasti anda dan keluarga selesa dan berpuas hati.
Alamat: No.SL-02 (Aras P4), Emerald Avenue Apartment, Jalan Emerald Avenue, 39100 Brinchang, Cameron Highlands
25. EagleNest @ Iris House Resort
Sebuah lagi homestay yang boleh anda cuba ialah Eagle Nest yang terletak di dalam Iris House Resort. Ia terletak di Tanah Rata dan berdekatan dengan trail hiking. Jadi, jika anda ingin melakukan aktiviti ini, Eagle Nest mungkin saja penginapan tepat untuk anda. Apartment ini dihias dengan sangat unik dan bergaya. Gabungan keanggunan yang matang dan playful ala kanak-kanak.
Apartment ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Sangat sesuai buat anda yang telah berkeluarga atau 2 keluarga berasingan untuk bercuti bersama. Dapur juga lengkap dengan peti sejuk, microwave, penapis air, air fryer dan macam-macam lagi. TV yang mempunyai sambungan WiFi dan applikasi Smart akan memudahkan anda berhibur di sini.
Alamat: Pekeliling Padang Golf Tanah Rata, Tanah Rata
24. Barrington Villa @ Golden Hill
Barrington Villa yang terletak di Golden Hill menawarkan kemewahan yang sangat unik. Ia mempunyai koleksi bilik penginapan berbagai jenis dan kemudahan seperti kawasan terrace berkongsi.
Memandangkan lokasinya yang strategik, ia juga menawarkan pemandangan yang cukup menarik. Ia juga berdekatan dengan beberapa kawasan tourism yang akan membuatkan percutian anda lebih mudah seperti pasar Malam Brinchang, strawberry farm dan macam-macam lagi.
Barrington Villa menyediakan beberapa pilihan penginapan. Ini termasuk Family room yang merupakan sebuah studio apartment, Apartment 2-bilik tidur, Apartment 3-bilik tidur, Apartment 4-bilik tidur dan Banglo 6-bilik tidur. Jadi, pilihlah jenis penginapan mengikut kesesuaian, keselesaan dan bajet anda sekeluarga. Yang pasti, setiap unit di sini bukan sahaja selesa, cantik dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas yang akan membuatkan anda sekeluarga bahagia.
Alamat: No.46 A, Jalan Golden Hills 2, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands
23. The Quintet – Tower Ethel
The Quintet – Tower Ethel merupakan sebuah lagi homestay jenis apartment. Terletak di Tanah Rata, unit di sini sangat strategik buat anda yang ingin melakukan aktiviti hiking. Apartment ini juga mengalu-alukan tetamunya menggunakan kemudahan tersedia seperti taman permainan kanak-kanak.
Homestay ini mang dihias dengan penuh teliti. Bukan sahaja cantik, ia juga sangat kemas dan cozy. Sesiapa yang menginap di sini pasti terasa seperti duduk di rumah idaman.
Unit di sini menyediakan apartment 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. TV yang lengkap dengan sambungan satelit akan memudahkan anda berhibur nanti. Dapur juga lengkap dengan microwave, peti sejuk dan mesin basuh. Seterika pon ada. Balkoni memberi pemandangan yang cukup cantik dan menenangkan.
Alamat: A5-3A-6 & A5-3-7, The Quintet, Jalan Tengkolok, Tanah Rata
22. Gorgeous Sunset & Tea Plantation
Untuk anda yang ke Cameron Highlands untuk menikmati pemandangan cantik dan mencari ketenangan, cubalah Sweet Happy Home Homestay.
Terletak di Kampung Kuala Terla, ia menyajikan pemandangan ladang teh yang menghijau, memang tenang dan aman di sini, lebih-lebih lagi dengan udara dan cuaca yang sejuk di Cameron Highlands ini. Apartment 3 bilik ini pula dihias dengan begitu cantik dan manis.
Apartment 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi ini sesuai memuatkan sehingga 6 pax dengan selesa. Anda dan keluarga tentu selesa dan santai dengan TV bersatelit dan taman permainan yang tersedia di bawah apartment.
Ada ruang makan yang selesa dan dapur yang lengkap untuk anda gunakan. Ada peti sejuk, tempat dan peralatan memasak, cerek dan pinggan mangkuk untuk kemudahan anda sekeluarga.
Alamat: Jalan Kuala Terla, Kampung Kuala Terla, 39010 Cameron Highlands
21. The Swing
Bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil, kami cadangkan anda cuba The Swing Homestay ketika bercuti di Cameron Highlands. Homestay jenis penthouse 2 bilik ini sangat family friendly. Penthouse ini dihias simple dan manis tetapi cukup kemas dan selesa. Kerana kedudukan penthouse ini tinggi, anda juga boleh mendapatkan pemandangan yang sangat menarik.
Penthouse ini mempunyai 2 bilik yang terbahagi kepada 2 tingkat. Bersamanya ialah 3 bilik mandi. Sesuai untuk keluarga besar, penthouse ini boleh memuatkan sehingga 8 pax dengan cukup selesa. Rumah family friendly ini bukan sahaja dilengkapi dengan TV dan WiFi, peralatan dan mainan untuk kanak-kanak banyak tersedia di sini.
Jadi anda tidak perlu risau tentang anak-anak kecil anda. Dapur juga serba lengkap dengan peti sejuk dan peralatan memasak serta pinggan mangkuk. Namun, untuk memudahkan anda lagi, di bahagian bawah apartment juga terdapat pelbagai kedai makan, kedai serbaneka dan juga dobi.
Alamat: Golden Hills Cameron Highlands, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia
20. Plumber House
Sebuah lagi homestay jenis apartment yang terletak di The Quintet ialah Plumber House. Bagi kami, rumah ini cukup unik. Bukan sahaja selesa, namun ada perhiasan di sini yang menggunakan piping.
Mungkin itulah sebabnya ia digelar Plumber House. Gaya modern kontemporari dan country yang mereka hiaskan rumah ini memang menjadikan suasananya selesa dan cozy.
Terdapat 3 bilik di Plumber House ini dan 2 bilik mandi. Boleh memuatkan sehingga 8 pax, memang sesuailah untuk bercuti bersama keluarga atau beramai-ramai. TV dan WiFi percuma disediakan untuk hiburan anda. Manakala dapur yang lengkap dengan peti sejuk, cerek, peralatan memasak dan pinggan mangkuk akan memudahkan anda sekeluarga untuk menyediakan makanan.
Alamat: A5-6-7 The Quintet, Perumahan Makmur Cameron Jaya, Jalan PMCJ 9, Jalan Tengkolok, 39000 Tanah Rata
19. Cameron Greenhill Apartment
Cameron Greenhill Apartment merupakan homestay jenis apartment yang terletak di Heritage Hotel, Greenhill Resort. Tempat ini memang cukup istimewa. Dengan arkitektur ala kolonial, ia juga dikelilingi kawasan berbukit hutan dan alam semulajadi. Malah, dalam resort ini, pokok-pokok pine banyak di sekitar resort. Memang rasa seperti berada di Eropah.
Apartment yang ditawarkan mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Memuatkan sehingga 6 pax tetamu, sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga. Ruang tamu selesa juga dilengkapi dengan TV dan WiFi percuma.
Balkoni yang tersedia membenarkan anda untuk relaks sambil menikmati cuaca dingin Cameron Highlands. Homestay ini juga lengkap dengan dapur yang mempunyai kelengkapan seperti peti ais, microwave, cerek dan lain-lain.
Alamat: E1 Block Eugenia, Cameron Highlands
18. Medina’s Homestay @ Cameron Highlands
Medina’s Homestay yang terletak di Perumahan Makmur Cameron Jaya ini memang selesa. Apartment ini dihias simple namun cukup kemas dan selesa. Lokasinya yang strategik juga membolehkan anda terokai Cameron Highlands dengan lebih mudah. Berdekatan dengan Taman Rama-rama, Cactus Valley dan banyak lagi.
Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi. Setiap bilik dilengkapi dengan 1 katil Queen. Ini bermakna, secara asasnya, ia boleh memuatkan sehingga 6 pax. Ruang tamu yang selesa juga lengkap dengan TV untuk hiburan anda sekeluarga. Dapur ringkas mempunyai cerek, pembakar roti dan beberapa peralatan memasak lain akan memudahkan anda menyediakan makanan dan snek nanti.
Alamat: B6-6-9, Jalan Tengkolok, Perumahan Makmur Cameron Jaya, Cameron Highlands
17. My Sweethub Homestay
My Sweethub Homestay merupakan sebuah koleksi homestay yang terletak di Golden Hill. Terdapat beberapa jenis homestay yang boleh anda pilih untuk percutian bersama keluarga.
Semua unit dihias dengan manis dan comel, macam namanya la, sweet! Yang pasti, pemandangan di mana-mana unit My Sweethub Homestay ini memang cantik. Yalah, terletak di atas bukit kan.
Anda boleh memilih untuk menginap di Apartment 2-bilik, Apartment 4-bilik, Teres 4-bilik, atau Penthouse 3-bilik. Setiap unit akan memuatkan jumlah tetamu yang berbeza. Tetapi kami jamin, cukup selesa.
Setiap unit juga dilengkapi dengan TV dan WiFi percuma. Anda juga boleh menggunakan dapur serba lengkap yang tersedia dengan kelengkapan seperti peti sejuk, microwave dan cerek.
Alamat: Jalan Golden Hills 1, Taman Golden Hills, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia
16. Parkland Apartments
Parkland Apartments merupakan homestay jenis apartment yang sangat simple tetapi berkesan. Setiap unit dihias dengan cukup simple dan minimal. Ini membuatkan apartment tampak luas dan besar. Jadi, jika anda ingin bercuti beramai-ramai, bolehlah bawa tilam dan bantal sendiri, kerana banyak tempat untuk anda bentangkan.
Selain itu, lokasinya yang terletak di Brinchang amat strategik kerana berdekatan dengan semua hotspot bercuti di Cameron Highlands. Pasar Malam Brinchang, Strawberry Farm dan macam-macam lagi tempat berdekatan sahaja.
Anda boleh memilih untuk menginap di apartment 1 bilik tidur atau apartment 3 bilik tidur. Namun, sudah tentulah apartment 1 bilik lebih sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil kerana mampu memuatkan 4 pax sahaja.
Jika anda berancang untuk bercuti bersama ahli yang lebih ramai, pilihlah apartment 3 bilik yang boleh memuatkan sehingga 8 pax. Setiap unit bersertai bilik mandi persendirian. Dapur agak ringkas dengan peti sejuk namun, jangan risau kerana anda tentu boleh dapatkan makanan di luar. Lagipon, bila bercuti, anda tentu mahu mencuba makanan lokal kan?
Alamat: Lot 134 Jalan Bandar, Brinchang, 39100 Brinchang
15. Cameron Highlands Cozy Homestay
Simple, kemas, luas dan selesa adalah beberapa kata yang boleh menggambarkan Cameron Highlands Cozy Homestay ini. Terletak di Tanah Rata, homestay jenis apartment ini memang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Pemandangan dari unit ini juga sangat cantik. Di bawah apartment terdapat restoran yang pastinya akan memudahkan anda sekeluarga nanti.
Apartment 3 bilik tidur ini mampu memuatkan sehingga 10 pax dengan cukup selesa. Ia juga dilengkapi dengan 2 bilik mandi. Jadi tak perlu bersesak-sesak jika beramai-ramai. Ruang tamu yang selesa juga lengkap dengan TV. Di dapur anda boleh menggunakan peti sejuk dan mesin basuh pinggan mangkuk yang tersedia untuk kemudahan anda.
Alamat: D0-06 Puncak Arabela, Cameron Highland, Tanah Rata
14. Cameron Emerald Avenue @ Brinchang
Hanya 100 meter dari Cactus Valley, homestay di Cameron Emerald Avenue ini sangat memudahkan tetamu. Bukan sahaja berdekatan dengan Cactus Valley, ia juga dekat dengan pelbagai spot-spot percutian di sekitar Cameron Highlands termasuk Pasar Malam Brinchang. Homestay jenis apartment ini dihias rapi dengan gaya yang simple dan minimal. Cozy dan luas, tentu selesa untuk anda sekeluarga.
Apartment ini lengkap dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Boleh memuatkan sekurang-kurangnya 9 pax, homestay ini memastikan anda sekeluarga sentiasa selesa dan lengkap.
Anda juga boleh berhibur dengan TV yang tersedia di sini. Ruang dapur dan makan adalah ringkas. Dapur dilengkapi dengan peti sejuk dan cerek untuk memudahkan anda dan keluarga menyediakan sarapan dan sebagainya.
Alamat: Emerald avenue, Brinchang
13. Omni Cassia Hill Resort
Omni Cassia Hill Resort merupakan koleksi homestay yang pastinya memudahkan anda dan keluarga. Terletak di Taman Omni Cassia, apartment ini sangat simple dan selesa. Anda boleh memilih untuk menginap di apartment 1 bilik, 2 bilik ataupun 3 bilik, mengikut kesesuaian dan keselesaan anda sekeluarga. Apartment ini agak jauh dari kesesakan tempat bercuti, jadi ia lebih tenang dan damai.
Setiap unit apartment di sini memuatkan jumlah tetamu yang berbeza. Untuk apartment 1 bilik, lebih sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil. Untuk apartment 2 bilik, mungkin lebih sesuai untuk golongan yang sudah berkeluarga kerana boleh memuatkan sehingga 4 pax. Manakala, apartment 3 bilik lebih sesuai untuk keluarga yang lebih besar atau 2 hingga 3 keluarga atau pasangan berbeza.
Setiap unit didatangkan bersama tempat letak kereta peribadi. Anda juga disediakan dengan TV untuk hiburan sepanjang penginapan. Selain itu, setiap unit juga dilengkapi dengan dapur yang mempunyai peti sejuk dan cerek. Anda juga boleh menikmati fasiliti seperti saun, gelanggang tennis dan gim yang tersedia di apartment ini.
Alamat: Jalan Cassia 6, Taman Omni Cassia, Cameron Highlands
12. My Home N2 @ Golden Hills Night Market
Merancang untuk menikmati percutian bersama keluarga dalam keadaan lebih privasi? Homestay My Home N2 @ Golden Hills Night Market ini adalah salah satu pilihan yang terbaik untuk anda yang bercuti di Cameron.
Memiliki halaman yang luas untuk berseronok dan bersantai, homestay ini juga lengkap dengan 4 buah bilik tidur dan juga dapur berfasiliti sempurna yang boleh digunakan setelah membeli bahan mentah dari pasar malam yang tidak jauh dari homestay.
Setelah puas berehat di homestay, anda boleh merancang untuk mendaki di kawasan tarikan alam semula jadi yang terdekat. Ladang Teh Boh pula hanyalah 3.3 km dari homestay. Tarikan-tarikan lain di sekitar Cameron Highlands ini pula terletak kurang daripada 4 km.
Alamat: No. 2, Jalan Golden Hills 5, Cameron Highlands
11. CH Green Stay Resort Apartment
Terletak bersebelahan dengan Pekeliling Padang Golf, di CH Green Stay Resort Apartment ini, anda dapat menikmati pemandangan yang menyejukkan mata sekitar padang golf dari ruang balkoni apartment.
Menawarkan apartment dengan 2 bilik dan juga 3 bilik yang dapat memuatkan dari 4 ke 6 orang dewasa, penginapan yang ditawarkan juga cukup luas. Yang bestnya lagi, setiap bilik ini turut memiliki tandasnya sendiri. Kemudahan yang disediakan di bahagian dapurnya juga membuatkan anda terasa seperti berada di rumah sendiri.
Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi yang stabil untuk hiburan sepanjang waktu anda berehat di dalam apartment. Tidak cukup dengan ini, anda juga boleh menghabiskan waktu dengan mononton pelbagai pilihan movie yang disediakan di dalam hard drive yang telah disambung pada TV. Memang syoklah!
Lokasinya, cukup strategik kerana terletak hanya 2 minit pemanduan untuk ke Pekan Brinchang dan untuk ke Pekan Tanah Rata pula hanyalah 5 minit dari apartment.
Alamat: Lot 198, (Iris House Resort Apartment Building), Jalan Perkeliling Padang Golf, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands
10. My Home N12 @ Golden Hills Night Market
My Home N12 @ Golden Hills Night Market adalah homestay rumah teres 2 tingkat yang memiliki 4 buah bilik tidur. Rumah ini mampu memberikan keselesaan kepada sekitar 10 orang penginap, ramai bukan?
Tandasnya juga bukan satu tapi tiga buah yang menjadikan penginapan beramai-ramai cukup selesa. Kemudahan lain yang disediakan adalah ruang dapur dan ruang tamu yang tersedia dengan tempat duduk yang banyak.
Mengenai lokasinya, terletak kurang 4 km dari Mrs Robertson’s Rose Garden dan Ee Feng Gu Honey Bee Farm.
Dari RM530 untuk penginapan yang serba lengkap dan strategik sebegini? Tidak terasa rugi wang yang dikeluarkan.
Alamat: Jalan Golden Hills 7, 39000 Brinchang
9. DreamScape Apartment @ Golden Hill
Jika konsep moden dan minimal menjadi pilihan anda, DreamScape Apartment @ Golden Hill adalah penginapannya. Menggabungkan warna-warna monokrom hitam, putih dan kelabu, menjadikan suasana di dalam apartment sedap dipandang mata. Setiap sudut di dalamnya kelihatan cukup sofistikated, memang sesuai untuk anda yang berjiwa urban.
Selain menggunakan perabot-perabot moden, DreamScape Apartment @ Golden Hill turut menyediakan kemudahan moden seperti microwave, oven dan juga akses wifi. Siapa kata perlu meninggalkan teknologi untuk menikmati ketenangan alam semula jadi?
Untuk aktiviti pula, anda boleh meggunakan kemudahan bbq yang disediakan. Anda juga boleh merancang untuk berbasikal di kawasan sekitar untuk menikmati suasana yang cukup mendamaikan.
Alamat: Barrington Square, Jalan Golden Hill 1, Cameron Golden Hill, 39000 Brinchang
8. Arundina Cameron Highlands
Dikelilingi oleh alam penuh kehijauan, Arundina Cameron Highlands dapat membawa jiwa anda ke dalam dunia yang penuh kedamaian dan kesegaran. Dari dalam bilik lagi anda dapat merasakan sentuhan alam semula jadi dari lantai kayunya serta pemandangan dari tingkap dan balkoni yang cukup indah.
Anda juga boleh bersantai di ruang taman yang telah dihiasi dengan pelbagai jenis pokok sambil menghirup udara segar dan menyajikan telinga dengan bunyi kicipan burung.
Bagi anda si ulat buku, ini mungkin akan menjadi penginapan kegemaran anda, kerana Arundina Cameron Highlands turut menyediakan sebuah bilik perpustakaan dengan bahan bacaan yang pelbagai. Tak akan seminit pun kebosanan menerpa jika menginap di sini.
Lagi sebab untuk memilih penginapan ini? Pihak penginapan turut menyediakan minuman seperti kopi dan teh secara percuma untuk dinikmati pada bila-bila masa.
Alamat: 17 Jalan Mentigi, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata
7. Cameron Prima Apartment @ Cameron Jaya
Cameron Prima Apartment @ Cameron Jaya adalah sebuah apartment dengan 3 buah bilik yang mampu memberikan keselesaan kepada 8 orang dewasa. Setiap bilik dilengkapi dengan sebuah katil double, ruang tamunya pula disediakan 2 buah katil sofa yang selesa.
Untuk ruang dapurnya pula, lengkap dengan pelbagai keperluan memasak untuk anda yang tidak mahu bersusah-payah mencari tempat makan. Apa salahnya masak sendiri bukan? Lagi terjamin kebersihannya. Kedai-kedai untuk membeli pelbagai barangan kemudahan juga boleh ditemui di sekitar homestay.
Lokasinya? Cukup strategik dengan tarikan-tarikan hebat di Cameron Highlands kebanyakannya terletak kurang 5 km dari apartment. Kampung Orang Asli pula hanyalah 0.3 km dari sini.
Alamat: PMCJ, 39000 Tanah Rata
6. A5 Barrington Square Golden Hill
A5 Barrington Square Golden Hill menawarkan 2 jenis penginapan iaitu apartment dengan sebuah bilik dan ruang tamu berkatil sofa untuk 4 orang penginap, serta apartment deluxe dengan 2 buah bilik tidur untuk keselesaan 6 orang penginap. Apartment yang moden dan selesa ini dapat dinikmati dengan harga dari bawah RM300.
Apartment ini turut dilengkapi dengan dapur yang lengkap dengan segala kemudahan memasak. Sebagai hiburan pula, anda sekeluarga boleh bersantai di ruang tamu sambil menonton TV ataupun menikmati kemudahan wifi yang disediakan.
Untuk beraktiviti, anda boleh menyewa basikal yang disediakan di sini ataupun bermain golf. Setelah puas, pulang sahaja ke bilik, anda boleh menghilangkan dahaga sambil berehat di ruang balkoni apartment untuk menikmati pemandangan bukit-bukau di sekitar.
Alamat: Jalan Sungai Ruil Tanah rata, 39000 Tanah Rata
5. My 2Rooms Apartments @ Golden Hills Pasar Malam
My 2Rooms Apartments @ Golden Hills Pasar Malam, dari namanya sahaja sudah jelas jenis apartment yang ditawarkannya iaitu sebuah apartment 2 bilik yang terletak berdekatan dengan Pasar Malam Golden Hills yang hanyalah 34 meter dari homestay.
Apartment yang dapat memuatkan 6 orang penginap dewasa ini juga memiliki ruang dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta sebuah ruang tamu yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga.
Mengenai lokasinya,cukup strategik kerana terletak di antara Brinchang dan juga Tanah Rata. Tarikan lain seperti padang golf, ladang dan kilang teh, Cactus Valley dan macam-macam lagi terletak dalam 8 km dari apartment.
Alamat: Jalan Golden Hills 1, 39000 Brinchang
4. Sekata Apartment
Rasakan atmosfera yang menyegarkan bukan sahaja dari alam sekitarnya tetapi juga daripada apartment ini sendiri yang masih agak baru, segalanya ‘fresh’ di Sekata Apartment.
Dekorasi dalaman penginapan ini juga menyegarkan mata, berperabot moden dilengkapi dengan lampu bercahaya kekuningan menjadikan penginapan terasa lebih santai. Ditambah lagi dengan keadaan sekitar yang damai dari sebarang gangguan, menginap di Sekata Apartment dapat memberikan anda sekeluarga ketenangan yang didambakan.
Dapurnya pula, lengkap dengan segala kemudahan penting untuk memasak. Makanan yang sudah dimasak panas-panas ini boleh dinikmati sambil melihat pemandangan dari ruang balkoni homestay.
Alamat: Sekata Apartment @ The Camelia Orchid Deluxe Park, Jalan ODP 2, Ringlet, 39200 Cameron Highlands
3. Cameron Barrington Square 1Room @ Golden Hill
Cameron Barrington Square 1Room @ Golden Hill adalah sebuah apartment yang dihias dengan moden dan ringkas menggunakan perabot berwarna natural dengan sebuah sofa yang berwarna-warni untuk menghidupkan suasana.
Apartment ini merupakan penginapan dengan sebuah bilik tidur dan ruang tamu yang lengkap dengan 2 buah katil sofa. Kesemua kemudahan yang disediakan dapat memberikan keselesaan kepada 4 orang penginap dewasa.
Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi yang cukup memuaskan kelajuannya dan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak yang moden.
Lokasinya, terletak berhadapan dengan pasar malam yang dibuka pada setiap malam untuk anda membeli pelbagai hasil segar dari tanah dingin ini. Fasiliti seperti dobi dan kedai serbaneka juga terdapat tidak jauh dari homestay ini.
Alamat: Jalan Sungai Ruil, 39000 Brinchang
2. The Woodz Homestay
The Woodz Homestay adalah sebuah penginapan yang terasa sangat comfy dengan aura desa. Menggunakan perabot kayu dalam hiasan dalamannya dan juga kayu pada sebahagian dindingnya, menjadikan homestay ini unik jika dibezakan dengan penginapan yang lain.
Ia juga turut diberikan sentuhan moden dengan sofa yang empuk dan ruang dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan memasak elektronik.
Kemudahan lain yang disediakan homestay hipster ini adalah akses wifi dan water dispenser yang tersedia dengan air panas.
Lokasinya pula, terletak berdekatan dengan pasar malam sekiranya anda ingin membeli strawberi segar untuk dinikmati sambil berehat di ruang balkoni.
Alamat: S1-2-3A, Jalan Golden Hills 11, Taman Golden Hills, Pahang, 39000 Brinchang
1. Themework Homestay@Cameron Highlands
Themework Homestay@Cameron Highlands adalah sebuah penginapan yang terletak di tengah-tengah pekan, memudahkan anda untuk mencari restoran yang menyediakan hidangan yang menyelerakan.
Tarikan lain yang terletak berdekatan adalah Cactus Valley, Mrs Robertson’s Rose Garden, Kok Lim Strawberry Farm dan banyak lagi yang terletak kurang 5 km dari homestay. Kampung Orang Asli pula hanyalah 0.6 km dari homestay.
Mengenai penginapan ini sendiri pula, cukup luas dan selesa. Diberikan sentuhan moden yang turut memiliki aura eksklusif.
Penginapan yang strategik, lengkap dan selesa dari RM240 adalah sememangnya satu tawaran yang tidak patut dilepaskan.
Alamat: Cameron Fair @ Tanah Rata 39000 Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata
Banyak homestay di Cameron Highland yang menarik untuk percutian keluarga yang luarbiasa bukan? Masing-masing berlawan untuk menyajikan pemandangan yang sukar untuk dilupakan. Anugerah keindahan alam semula jadi yang dimiliki Cameron Highlands menjadikan ia pilihan ramai para pelancong.
Percaya atau tidak, sebenarnya, banyak lagi tempat penginapan yang terdapat di sini selain daripada yang telah disenaraikan. Anda boleh melihat sendiri pilihan penginapan di Cameron Highlands yang tiada penghujungnya dari laman web booking.com, harga yang ditawarkan juga mampu merambangkan mata.
Namun begitu, sekiranya anda merancang untuk bercuti dalam harga bajet, anda dijemput untuk membaca artikel kami bertajuk hotel murah di Cameron Highlands.
Tapi sekiranya anda ingin mendapatkan percutian yang luar biasa syok bersama keluarga, anda boleh membaca artikel kami tentang hotel terbaik di Cameron Highlands.
Walau apa pun pilihan anda, kami yakin, anda pasti dapat menikmati sebuah percutian yang penuh dengan memori indah di Cameron Highlands yang disempurnakan dengan hamparan pemandangan yang menyejukkan mata dan udara yang menyegarkan. Selamat bercuti ke Cameron Highlands!