Dengan 99 buah pulau dengan keindahan yang mengasyikkan, Langkawi tidak disangkal lagi adalah syurga tropika yang wajib dilawati sesiapa sahaja. Menjadi destinasi pilihan dunia, permata bagi negeri Kedah ini kaya dengan tarikan-tarikan alam semula jadi yang mempesonakan.
Dikelilingi oleh pantai-pantai berpasir putih, hutan-hutan hujan yang membekalkan udara yang menyegarkan, air terjun yang indah dan banyak lagi, segalanya tidak mungkin dapat habis dilawati dalam masa sehari.
Tidak cukup dengan itu, statusnya sebagai pulau bebas cukai, di sinilah anda boleh membeli secara borong pelbagai jenis barangan terutama sekali coklat-coklat yang datang dari pelbagai negara.
Pendek kata Langkawi bukan sahaja syurga tropika tetapi juga syurga makanan yang mengiurkan ini. Lengkap sekali pakejnya bukan? Mustahil untuk anda tidak jatuh cinta dengan pulau ini.
Disebabkan kesempurnaannya ini, Langkawi menjadi destinasi yang popular dalam kalangan bukan sahaja pelancong solo, tapi juga untuk percutian bersama keluarga. Dengan ini, banyak sekali homestay yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di Langkawi.
Penginapan homestay yang jauh lebih luas dan murah jika dibezakan dengan hotel ini menjadi pilihan ramai yang bercuti bersama keluarga kerana kemampuannya untuk menampung bilangan penginap yang lebih ramai selain lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah sendiri.
Di sini, kami menyenaraikan 31 homestay di Langkawi untuk memudahkan anda membuat perancangan percutian yang akan datang di pulau burung helang ini.
31. Alamanda Villas Langkawi
Mencari penginapan yang lebih mewah? Marilah cuba Alamanda Villas Langkawi. Sebuah pusat penginapan yang berkonsep villa-villa tradisional Melayu, Alamanda Villas menggabungkan feel dan vibe zaman dahulu kala dengan suasana mewah dan modern.
Terletak di kawasan bukit, anda diajak untuk menikmati suasana alam semulajadi yang tenang dan damai. Hanya bertemankan pemandangan indah, siulan burung-burung dan ditemani monyet-monyet yang mesra.
Terdapat 5 villa di sini iaitu Hilltop Villa, Minang Villa, Tropical Wooden Villa, Markisa Villa dan Garden Villa. Setiap satu menawarkan pemandangan dan muatan yang berbeza.
Alamanda Villas ini juga dilengkapi dengan kolam renang berkongsi yang boleh anda dan keluarga nikmati bersama. Pantai-pantai berdekatan termasuklah Pantai Cenang dan Tanjung Rhu. Namun, kenalah memandu sedikit.
Alamat: Lot 2150, Jalan Makam Mahsuri, Kuah
30. Langkawi Cozy Holiday Home
Terletak di Kuah, Langkawi Cozy Holiday Home memang sesuai dengan namanya kerana memang cozy pon. Sebuah homestay jenis rumah Semi-D, ia bukan sahaja cantik dan selesa, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan amenities.
Lokasinya juga sangat strategik kerana berdekatan dengan pelbagai tempat-tempat pelancongan dan tarikan sekitar Langkawi seperti Langkawi Bird Paradise, Dataran Helang dan Makam Mahsuri.
Rumah Semi-D ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi. Secara amnya ia boleh memuatkan 14 pax dengan selesa. Homestay ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin dan WiFi percuma untuk keselesaan dan kemudahan anda. Untuk menambah lagi hiburan untuk anda, Netflix dan PS3 juga ada disediakan. Mainan untuk si kecil juga ada.
Dapur ringkas yang lengkap dengan penapis air, peti sejuk dan peralatan lain disediakan untuk kegunaan anda. Jika anda ingin mengadakan BBQ, mereka turut menyediakan peralatan yang diperlukan. Ada juga beberapa basikal yang ada di sini.
Alamat: No. 1, Lorong Bukit Indah 1, Taman Indah Fasa 3, Kuah
29. Cloud9 Holiday Cottages
Sebuah pusat percutian berkonsep cottage, Cloud9 Holiday Cottages merupakan sebuah pusat peranginan yang mempunyai koleksi penginapan sebuah-sebuah yang sangat menarik.
Suasana dan dekorasi di sini memang cukup cantik dan menenangkan. Cloud9 Holiday Cottages terletak di Pantai Cenang. Ia berdekatan dengan Underwater world Langkawi dan Pantai Kuala Muda.
Di sini anda boleh membuat pilihan antara rumah sebilik, 2 bilik dan 3 bilik. Rumah sebilik boleh memuatkan sehingga 4 pax, 2 bilik boleh memuatkan 4 pax dan 3 bilik boleh memuatkan 6 pax.
Kesemuanya dilengkapi dengan bilik mandi en-suite dan keperluan ringkas seperti peti sejuk dan cerek. Anda juga boleh menikmati WiFi percuma di sekitar Cloud9 Holiday Cottages. Terdapat beberapa amenities menarik seperti kolam renang, teres berkongsi dan lain-lain. Malah, sarapan pagi juga disediakan di sini.
Alamat: 110, Jalan Chandekura, Pantai Cenang
28. Red Coral Cottage
Red Coral Cottage yang terletak di Tanjung Rhu adalah sebuah penginapan yang istimewa. Ini kerana lokasinya yang terletak betul-betul berhadapan dengan pantai. Ia juga dikategorikan sebagai pusat penginapan yang mesra kanak-kanak.
Jadi, ramai golongan yang berkeluarga menggemari penginapan ini. Homestay ini adalah jenis bilik penginapan berkonsep ala chalet. Tetapi ada bilik yang berkongsi teres atau laman hadapan.
Terdapat beberapa jenis penginapan di sini yang menawarkan pemandangan yang berbeza. Namun, secara amnya, anda boleh memilih antara bilik Queen yang boleh memuatkan 2-3 pax atau bilik Triple yang lebih sesuai buat 3-4 pax.
Ini bermakna, bilik Queen adalah lebih sesuai buat tetamu berpasangan atau mempunyai keluarga kecil, manakala bilik triple yang mempunyai sebuah katil Queen dan sebuah katil single lebih sesuai buat keluarga yang mempunyai anak-anak yang lebih dewasa. Kawasan sekitar Red Coral Cottage ini memang sangat cantik dan tenang. Mereka menyediakan pelbgai spot berehat dan beriadah untuk anda dan keluarga menikmati pantai sepanjang hari.
Alamat: Jalan Tanjung Rhu lot 439, Langkawi, Tanjung Rhu
27. Sabandy Guesthouse
Sabandy Guesthouse terletak di Matsirat. Ia merupakan sebuah lagi homestay jenis bilik penginapan berkonsep lodging. Sabandy Guesthouse menyediakan pelbagai kemudahan dan tarikan disediakan di sini untuk memastikan anda dan keluarga atau rakan-rakan cukup selesa dan mendapat percutian yang seronok.
Antara kemudahan yang kami maksudkan termasuk hidangan sarapan kontinental yang disediakan bersama tempahan bilik. Anda juga boleh menikmati fasiliti-fasiliti seperti ruang tamu yang lengkap dengan Tv yang boleh dikongsi bersama, ruang makan dan macam-macam lagi.
Dari segi bilik pula, anda boleh memilih dari beberapa unit yang mereka sediakan. Twin room atau Double room. Bagi bilik jenis Twin, anda akan menerima sebuah bilik yang lengkap dengan 2 katil bersaiz queen dan boleh memuatkan sehingga 4-5 pax dengan selesa. Bilik jenis Double pula mempunyai hanya 1 katil Queen.
Jadi, ia lebih sesuai untuk tetamu berpasangan atau berkeluarga kecil dalam 2-3 pax sahaja. Sekitar pusat penginapan ini pula, tetamu dapat menikmati pelbagai tempat-tempat rehat dan beriadah. Ada hammock, ada cabana, gazebo dan macam-macam lagi. Setiap unit juga didatangkan bersama bilik mandi persendiriran dan set membuat kopi/teh.
Alamat: Kampung Atas, PDG Matsirat, Lot no. PT342, Kuah
26. Maneh Villa Langkawi
Maneh Villa di Pantai Cenang mungkin akan menjadi homestay idaman ramai. Homestay jenis villa ini bukan sahaja didatangkan dengan kolam renang persendirian, ia juga terhias indah vak hotel-hotel mewah.
Pastinya akan membuatkan percutian anda lebih bermakna dan menyeronokkan.Terdapat beberapa jenis villa di sini yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda sekeluarga. Yang kami pasti akan menawan hati anda ialah kawasan kolam renangnya yang cantik dan menenangkan. Walaupun terdapat unit yang didatangkan bersama dapur yang lengkap, anda tetap akan ditawarkan sarapan pagi tau.
Villa-villa di sini semuanya mempunyai muatan yang berbeza. Namun, hiasan gaya Bali kontemporari tetap diselarikan. Anda boleh memilih antara villa jenis sebilik, dua bilik atau 3 bilik. Tentulah villa 3 bilik akan memberikan ruang lbih besar, kemudahan yang lebih dan lebih sesuai untuk keluarga besar.
Di villa ini, ruang tamunya lengkap dengan Tv dan pintu kacanya boleh dibuka luas menghadap kolam renang. Memang terasa dan nampak cukup eksklusif. Pantai Cenang yang berhampiran juga boleh dikunjungi dengan mudah selain dari pusat-pusat tarikan lain seperti Underwater World Langkwi.
Alamat: Lot 1240, Jalan Pantai Tengah, Pantai Cenang
25. Sunset Valley Holiday Houses
Koleksi villa yang dinamakan Sunset Valley Holiday Houses ini terletak di Kampung Padang Matsirat. Ia mempunyai landskap yang pelbagai kerana terletak di sekitar sawah padi. Jadi, ada antara unit villa mereka yang memberikan anda pemandangan ini. Namun, Ada juga yang memberikan pemandangan lain.
Sunset Valley Holiday Houses ini merupakan villa-villa yang dibina dengan konsep tradisional rumah Melayu lama. Penggunaan kayu dan ukiran menjadi hiasan buat villa-villa ini. Memang nampak sangat cantik, apa lagi bila dikelilingi sawah padi. Namun, walaupun nampak tradisional, kemudahan dan kelengkapan mereka modern. Malah, mereka turut menyediakan kolam renang tau. Kolam renang ini juga menghadap sawah padi. Nyaman sungguh bermandi-manda sambil menikmati pemandangan cantik.
Dari segi penginapan, mereka menyediakan beberapa jenis villa yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian muatan dan bajet anda. 4 daripada villa ini mempunyai 1 bilik tidur sahaja dan boleh memuatkan sehingga 2 atau 3 pax. Gate house, paddy house, field house dan garden house. Farmer’s house merupakan villa 2 bilik tidur dan mampu memuatkan sehingga 6 pax.
Akhir sekali ialah Villa with Private Pool. Inilah villa yang didatangkan sekali bersama kolam renang. Ia mempunyai 3 bilik tidur kesemuanya dan secara amnya boleh memuatkan sehingga 5-6 pax. Semua unit dilengkapi dengan penghawa dingin dan WiFi percuma.
Alamat: Lot 2220, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Padang Masirat
24. Che Pa Village Langkawi
Terletak di Kampung Padang Gaong, Ulu Melaka, Langkawi ialah Che’ Pa Village. Homestay jenis villa ini terletak di tengah-tengah sawah padi dan dikelilingi suasana kampung yang cukup aman dan damai.
Malah, reka bentuk homestay ini juga berunsurkan tradisional Melayu. Sentuhan modern diberikan sedikit di beberapa sudut villa ini namun dari jauh memang nampak seperti rumah kampung nenek.
Che’ Pa Village menawarkan villa yang mempunyai 2 bilik tidur yang cukup selesa. Walaupun tidak berhawa dingin, bilik-bilik ini lengkap dengan kipas. Tingkap-tingkap rumah kampung yang panjang dan besar juga boleh dibuka seluasnya untuk membenarkan udara segar mengalir ke dalam rumah.
Sentuhan modern diberikan di sudut bilik mandi dan dapur di rumah ini. Bilik mandi lengkap dengan pemanas air. Dapur juga tidak kurang hebat dengan tempat masak, peti sejuk dan beberapa peralatan lain. Yang teristimewa ialah villa ini juga ternyata mempunyai sebuah kolam renang persendirian di mana si kecil anda dapat berseronok.
Alamat: Lot 622-1, Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, Ulu Melaka, Langkawi, Kedah, Kuah
23. Lovely Garden Villas
Lovely Garden Villas ialah sejenis homestay villa yang dibina dengan rekabentuk dan unsur Spanish. Dari jauh, ia kelihatan seperti cottage-cottage di Eropah. Terletak di Pantai Cenang, villa ini mempunyai taman belakang rumah yang cukup besar.
Lokasinya juga agak strategik dengan kurang 1km dari Pantai Cenang. Lovely Garden Villas yang mempunyai kawasan luar yang besar ini sangat sesuai dijadikan tempat menginap bersama keluarga yang ramai, sambil ber-BBQ dan beriadah bersama, ataupun menyambut apa-apa majlis istimewa.
Villa ini mempunyai 2 bilik tidur namun cukup lengkap dan selesa dengan pelbagai kemudahan. Ini termasuk penghawa dingin dan WiFi untuk keselesaan dan kemudahan para tetamu. Di villa ini, anda juga akan menikmati kemudahan asas lain seperti dapur kecil yang lengkap dengan peti sejuk dan perkakas-perkakas makan, WiFi untuk memudahkan anda sentiasa aktif atas talian dan juga peralatan BBQ.
Alamat: Jalan Bohor Tempoyak Lovely Garden Villas, Pantai Cenang
22. Sari Village Jungle Retreat
Sari Village Jungle Retreat merupakan penginapan homestay jenis rumah. Tetapi rumah ini agak berbeza dan istimewa. Sari Village Jungle Retreat ini menawarkan 2 rumah berbeza. Salah satunya merupakan rumah kayu ala tree house yang dibina agak tinggi dan berkaki.
Manakala sebuah lagi merupakan rumah batu tetapi juga dibina tinggi. Terletak kurang 1km dari Pantai Tengah, ianya dibina dalam suasana hutan. Malah, kadang kala anda akan dapat melihat monyet dan pelbagai flora dan fauna di sekelilingnya.
Rumah kayu ala tree house tadi merupakan rumah 4 bilik dan mampu memuatkan sehingga 6 pax. Rumah batu pula digelar sebagai holiday home yang mempunyai 2 bilik yang mampu memuatkan sehingga 4 pax.
Buat kedua-dua rumah ini, dekorasinya juga sangat berbeza. Rumah 4 bilik tadi mempunyai vibe retro dan country dengan kebanyakan perhiasannya bermotifkan bunga. Manakala holiday home adalah lebih modern dan kontemporari. Kedua-duanya dilengkapi dengan dapur kecil dan mempunyai sebuah kolam renang yang tersedia di Sari Village Jungle Retreat.
Alamat: Jalan Teluk Baru Langkawi, Pantai Cenang
21. Langkawi Cozy Townhouse
Inginkan penginapan dengan suasana rumah yang selesa dan modern? Cuba Langkawi Cozy Townhouse yang terletak di Taman Simfoni. Langkawi Cozy Townhouse merupakan homestay jenis rumah townhouse yang mempunyai suasana yang sangat selesa.
Dengan perhiasan dan kelengkapan modern, anda dan keluarga tentu akan rasa cukup selesa. Rumah ini sangat luas. Malah, ruang tamu dan ruang makannya juga mempunyai banyak ruang. Mudah untuk anda memuatkan seluruh keluarga di sini.
Koleksi homestay dari Langkawi Cozy Townhouse ini juga menawarkan 4 bilik setiap satu. Muatan yang tinggi, sehingga 14 pax dapat dicecah dan masih mampu selesa buat semua pihak. Setiap townhouse ini juga lengkap dengan dapur yang serba lengkap, kemas dan bersih. Anda tidak perlu risau tentang makanan kerana anda boleh memilih untuk masak. Nak BBQ di porch pon boleh. Peti sejuk, penapis air, periuk nasi, toaster, semua ada.
Alamat: No 26, Lorong Simfoni 2, Taman Simfoni, Kuah
20. Jasmine Villa
Sebuah koleksi homestay jenis villa yang dikelilingi sawah padi, Jasmine Villa memang menjadi antara tempat penginapan pilihan ramai. Terletak di Kampung Ulu Melaka, Pantai Cenang, Villa-villa ini terletak hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Jika anda dari Bandar Kuah, pandu lagi 20 minit untuk sampai ke Jasmine Villa.
Jasmine Villa menawarkan pemandangan sawah padi yang cukup menarik. Persekitarannya yang kemas teratur dan bersih juga tentu sekali memberikan lagi suasana yang aman untuk percutian anda sekeluarga.
Jasmine Villa menawarkan beberapa villa yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Anda boleh memilih antara villa 2 bilik atau 3 bilik tidur. Kesemua villa di sini dilengkapi dengan WiFi percuma.
Ia juga didatangkan bersama balkoni, bilik mandi, ruang tamu, ruang makan dan dapur kecil yang serba lengkap. Hanya 15 minit ke Pantai Cenang, Jasmine Villa juga menawarkan perkhidmatan laundry atau cucian pakaian buat para tetamu.
Alamat: Lot 3174, Jalan Bayas. Mukim Ulu Melaka, Ulu Melaka, Pantai Cenang
19. Rumah Jah Langkawi
Sebuah rumah banglo yang kelihatan seperti villa ala Sepanyol ini namanya Rumah Jah Langkawi. Ia merupakan homestay yang terletak di Pantai Tengah, Langkawi. Rumah Jah ini sangat unik dan cantik.
Ramai tetamu dari dalam dan luar negara menginap di sini apabila berkunjung ke Langkawi untuk menikmati penginapan yang selesa, mesra dan serba lengkap. Binaan dan rekaan banglo ini ada elemen tradisional tetapi lebih kepada Spanish Villa. Dari segi rekaan dan hiasan dalaman pula, mereka masih mengekalkan look dan gaya tradisional.
Banglo Rumah Jah ini tersedia dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi, ruang tamu, ruang makan dan dapur. Walaupun tampak tradisional, kelengkapan di sini serba modern. Dapur juga lengkap dengan tempat masak, microwave, cerek, peti sejuk dan perkakas-perkakas makan.
Di bahagian luar pula, kawasan luas untuk anda dan keluarga beriadah bersama. Malah, Ada juga bahagian balkoni yang siap dihias dengan hammock dan kerusi-kerusi rehat untuk anda dan keluarga beristirehat dan bergaul bersama.
Alamat: Kg Tasik Anak, Pantai Tengah, Kedawang, Langkawi, Malaysia
18. Tanjung Rhu Pool Villa
Tanjung Rhu Pool Villa terletak di Huma dalam Tanjung Rhu Village (TRV). Merupakan sebuah homestay jenis villa, Tanjung Rhu Pool Villa ini mempunyai kolam renang persendirian.
Persekitaran dan suasana villa ini cukup cantik dan tenang. Binaan dan rekaan villa ini mempunyai elemen rustic, industrial dan modern, bersama courtyard ditengah-tengah di mana kolam renang itu terletak. Villa ini terletak lebih kurang 2.5km dari Pantai Shark Bay jadi anda tetap mendapat akses mudah ke pantai.
Villa ini mempunyai 4 bilik tidur dan 1 bilik mandi. Ruang tamu dan dapur serta ruang makan yang terbuka, terletak bersebelahan dengan kolam renang, sangat tenang dan damai. Ia juga memberikan peluang untuk ahli keluarga beristirehat sambil berseronok bersama.
Villa juga dilengkapi dengan TV baersaluran satelit dan seluruh villa juga dilengkapi dengan penghawa dingin dan WiFi. Dapur yang serba lengkap dengan kelengkapan asas seperti microwave, peti sejuk, tempat masak dan perkakas-perkakas makan akan memudahkan anda sekeluarga ketika bercuti nanti.
Alamat: No 61 Kampung Padang Lalang
17. Ambong Pool Villas
Bagi anda yang mencari penginapan yang lebih eksklusif dan mewah, cubalah Ambong Pool Villas. Ambong Pool Villas terletak di Pantai Tengah Langkawi. Terletak dalam persekitaran yang agak terpencil dan dikelilingi kehijauan alam semulajadi, Ambong Pool Villas menawarkan suasana tenang dan alami bersama pemandangan laut yang cantik. Alami pengalaman bercuti penuh mewah dan selesa bak 5 Bintang di Ambong Pool Villas.
Terdapat beberapa villa yang tersedia di sini. Ia terbahagi kepada villa 1 bilik tidur, 2 bilik tidur dan 3 bilik tidur. Anda bolehlah pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda sekeluarga. Villa-villa ini cukup lengkap dengan bilik mandi persendirian, ruang tamu, ruang makan dan dapur kecil yang bukan sahaja lengkap dengan kelengkapan asas, tetapi dihias dengan cukup elegan dan klasik.
Yang teristimewa di Ambong Pool Villas ini ialah setiap villa juga didatangkan bersama kolam renang persendirian. Ini memberikan anda dan keluarga percutian yang cukup private dan terpencil. Selain dari penginapan dan kolam renang yang istimewa, mereka turut menyediakan perkhidmatan spa, cafe makan dan pelbagai lagi untuk berikan anda percutian serba lengkap dan relaxing.
Alamat: Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah 07000 Langkawi, Malaysia
16. Limasan Villa Langkawi
Limasan Villa Langkawi adalah sebuah lagi resort villa yang menawarkan penginapan mewah dan selesa di Langkawi ini. Terletak di Kampung Paya Mempelam, Limasan Villa Langkawi merupakan sebuah perkampungan villa yang dibina dengan rekaan ala Jawa. Malah, nama Limasan datang dari jenis atap yang mereka gunakan iaitu atap Limasan yang merupakan status tinggi dalam budaya Jawa.
Sekeliling villa-villa ini adalah sawah padi. Ini memberikan anda pemandangan yang cukup menarik dan cantik sepanjang penginapan anda di sini. Aman, tenang dan selesa adalah apa yang akan anda dapati di Limasan Villa Langkawi ini.
Terdapat 10 villa yang disediakan di sini. Semuanya dengan rekaan yang berbeza-beza namun mengekalkan gaya Jawa. Setiap villa juga menawarkan jumlah bilik yang berbeza-beza. Bermula dari villa 2 bilik tidur yang mampu memuatkan sehingga 6 pax sampailah villa 5 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 12 pax kesemuanya.
Bukan sahaja lengkap dengan penghawa dingin, WiFi percuma dan kelengkapan asas, ada villa yang didatangkan bersama kolam renang persendirian. Memang eksklusif dan mewah. Tentu anda dan keluarga cukup tenang dan seronok menikmati percutian dengan pemandangan sawah ini.
Alamat: No.6, Limasan Village, Kampung Paya Mempelam, Mukim Kedawang, Langkawi Kedah
15. The Temak Villa
The Temak Villa di Pantai Cenang pula merupakan sebuah resort yang menawarkan penginapan jenis villa 1 bilik atau studio dan juga treehouse. The Temak Villa menyediakan beberapa kemudahan yang pasti akan menarik perhatian anda. Ini termasuk, kolam renang, teres dan banyak lagi.
Yang paling penting, the Temak Villa ini turut menyediakan akses mudah dan terus ke Pantai Cenang. Anda tidak perlu memandu atau bersusah-susah untuk mencari pantai berdekatan. Ianya juga berdekatan dengan Underwater World Langkwi, Cenang Mall dan lain-lain pusat tarikan.
The Temak Villa ini menyediakan villa jenis studio atau 1 bilik dengan muatan yang berbeza-beza. Ada yang boleh muatkan 2 pax dan ada yang boleh muatkan 3 pax. Villa-villa ini juga dibina dengan cukup menarik.
Siap ada ruang di luar villa seperti taman kecil, bolehlah si kecil bermain di luar. Dapur ringkas yang mereka sediakan juga turut lengkap dengan keperluan asas seperti peti sejuk, microwave dan cerek. Mudah untuk anda sekeluarga menyediakan makanan dan minuman nanti. Suasana yang tenang dan damai di sini tentu sekali akan membuatkan percutian anda lebih selesa nanti.
Alamat: Lot 1240 Kampung Tasik Anak, Jalan Teluk Baru Pantai tengah, Pantai Cenang
14. Tanabendang Banglos
Tanabendang Banglos adalah sebuah koleksi banglo 1 bilik tidur yang dibina di kawasan sawah padi. Homestay ini direka dengan gaya tradisional dan menawarkan pemandangan sawah padi yang cukup menarik. Menginap di sini tentunya membawa rasa nostalgia seperti pulang ke kampung.
Dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang tersedia, anda dan keluarga tentu akan menikmati sebuah percutian yang akan sentiasa diingati. Mereka turut menyediakan kemudahan seperti kolam renang di tengah-tengah resort ini. Peralatan dan kelengkapan BBQ juga tersedia.
Chalet-chalet banglo ini semuanya dibina dan dihias dengan tema tradisional. Bukan sahaja strukturnya diperbuat dari kayu, perabot dan hiasan dalaman juga membawa look yang nostalgik dan retro. Setiap banglo juga dilengkapi dengan verandah atau teres kecil dimana anda dan keluarga dapat duduk bersantai bersama.
Bilik mandi juga lengkap dengan tub mandi kayu. Memang unik dan cantik. Paling istimewa ialah pemandangan yang akan anda dan keluarga dapati apabila membuka tingkap bilik tidur. Aman dan tenang rasanya. Lebih memudahkan anda, Tanabendang Banglos turut menyediakan sebuah cafe di mana anda boleh menikmati pelbagai juadah.
Alamat: No 156, Lot 2118, Tanabendang, 07000 Langkawi, Kedah
13. Pondok Keladi Langkawi Guesthouse
Pondok Keladi Guesthouse ialah sebuah pusat penginapan yang mementingkan privasi dan keselesaan. Merupakan homestay yang terbahagi kepada 6 bilik tidur, guesthouse ini juga menyediakan kemudahan seperti dapur berkongsi, balai berkumpul dan juga perkhidmatan pinjaman buku. Memang sebuah tempat penginapan yang fokus kepada ketenangan dan kedamaian.
Di sekitar guesthouse ini mereka tanam pelbagai bunga-bunga dan tumbuhan yang menarik dan cantik bagi membangkitkan lagi suasana tenang dan juga meningkatkan privasi antara satu bilik dengan bilik yang lain.
Terdapat hanya 6 bilik tidur di sini. 3 daripadanya dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan 3 lagi dilengkapi dengan 2 katil single. Mereka memang mengehadkan sehingga 12 orang tetamu dalam sesuatu masa bagi menambahkan lagi privasi bagi setiap tetamu.
Bilik-bilik di sini juga dihias dengan cukup menarik dan bergaya. Setiap bilik didatangkan bersama bilik mandi yang lengkap dengan air panas. Penghawa dingin, peti sejuk mini dan TV juga ada disediakan di setiap bilik.
Alamat: Lot 1011, Kampung Padang Putih, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi Kedah Malaysia
12. LV Modern Suite Langkawi
Hanya 300m dari Langkawi Kristal, LV Modern Suite merupakan sebuah homestay modern yang menyediakan suasana yang cukup selesa dan modern. Terletak di Kuah, ianya juga cukup mudah untuk anda kerana terletak di sekitar kawasan komersil. Senang untuk anda dan keluarga untuk mencari makanan dan keperluan nanti. Jeti Kuah juga hanya 300m sahaja dari guesthouse ini.
Terdapat 2 jenis suite yang boleh anda cuba di sini, iaitu Suite 2 bilik tidur dan Suite studio berkatil queen. Bilik-bilik di sini dihias dengan penuh bergaya dan modern. Ramai yang suka menginap di sini kerana sentiasa bersih dan selesa.
Setiap bilik juga didatangkan bersama bilik mandi en-suite. TV bersatelit dan sambungan WiFi percuma adalah antara kemudahan yang disediakan. Selain itu, anda juga akan menikmati kemudahan seperti peti sejuk, microwave, cerek dan lain-lain. Senang nanti apabila bercuti bersama keluarga.
Alamat: 27 Jalan Pandak Mayah 4, Kuah
11. Panji Panji Tropical Wooden Home
Rumah penginapan Panji Panji Tropical Wooden Home ini dapat mengimbau nostalgia kehidupan di kampung yang dikelilingi oleh kedamaian alam semula jadi. Rumah yang diperbuat daripada kayu bercampur batu-bata merah ini memiliki aura kedesaan yang sungguh menyejukkan mata dan jiwa yang ingin lari dari hiruk-pikuk kota dan kehidupan moden.
Menawarkan penginapan chalet yang boleh dipilih sama ada tingkat bawah atau atas, penginapan ini sesuai bagi anda yang datang bersama pasangan. Manakala villanya pula khas untuk anda yang datang bersama keluarga kecil.
Jika menginap di sini, anda dapat menikmati keindahan alam hijau di ruang balkoni untuk menghirup udara segar sambil mendengar geseran daun yang ditiup angin. Suasana yang sungguh mengasyikkan untuk menikmati minum petang atau tenggelam dalam dunia fiksyen kegemaran anda.
Alamat: 965, Jalan Pantai Cenang, Kuala Chenang, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang
10. Villa Sri Tebengau
Villa Sri Tebengau adalah sebuah rumah berkembar (semi-d) yang yang terletak di kawasan kaki bukit, perkampungan Kuah. Pemandangan dari rumah ini cukup mengujakan, bangun sahaja dari tidur, mata anda akan disegarkan dengan pemandangan bukit-bukau yang penuh kehijauan.
Villa ini menawarkan 3 buah bilik yang lengkap dengan tandas masing-masing. Seperti homestay yang lain, segalanya lengkap disediakan untuk kemudahan anda sekeluarga.
Sudah puas bersantai di dalam rumah ini, anda boleh bergerak menuju ke pantai terdekat, Pantai Cenang yang hanyalah sekitar 10 – 15 minit dari Villa Sri Tebengau. Kalau anda nak tahu, lokasi penginapan ini cukup strategik kerana terletak hanyalah sekitar 50 meter dari jalan utama Kuah dan dari lapangan terbang.
Alamat: Lot 3185, Jalan Bayas, Mukim Ulu Melaka, 07000 Kuah
9. Pino’s Place
Aura yang mendamaikan dapat anda rasai sekiranya menginap di Pino’s Place. Ia bukan sahaja indah dek kerana pemandangan yang disajikan dari rumah penginapan, tetapi juga disebabkan oleh lukisan-lukisan comel bertemakan kucing pada dindingnya.
Sambil berehat-rehat anda boleh melihat kecomelan lukisan kucing ini yang terdapat di merata pelusuk rumah. Kalau anda nak tahu, lukisan ini sebenarnya dihasilkan oleh anak-anak pemilik Pino’s Place ini sendiri.
Mengenai kemudahan yang disediakannya pula, Pino’s Place turut memiliki sebuah kolam renang yang luas untuk anda sekeluarga menyegarkan badan setelah puas meneroka pulau dengan keindahan memukau ini.
Bukan itu sahaja, homestay ini juga lengkap dengan segala fasiliti yang menambahkan keselesaan anda sehingga ke tahap 100% dengan kemudahan seperti water filter, microwave, mesin basuh dan sebagainya.
Alamat: Block 2, Sri Legenda Resort Condo Jalan Sri Legenda, 07000 Kuah
8. Fuuka Villa
Putih, suci dan bersih, inilah 3 perkataan yang cukup sesuai untuk menggambarkan Fuuka Villa. Villa berwarna natural ini sungguh indah dipandang mata. Bukan sahaja indah dari luar, tapi juga dalamannya yang menggunakan perabot-perabot cerah menjadikan suasana terasa sejuk.
Penginapan ini menyediakan dua buah villa yang selesa untuk 4 orang penginap dan juga penginapan jenis bilik untuk 2 orang. Sekiranya anda menginap di villa yang disediakan, anda dapat menikmati fasiliti seperti kemudahan memasak, water dispenser, dan sebagainya seperti di rumah sendiri.
Bilik-biliknya juga cukup luas dan selesa untuk penginapan beramai-ramai. Kemudahan lain yang disediakan adalah kolam renang dan akses wifi yang pantas.
Lokasinya, terletak dekat dengan pantai, restoran, dan banyak lagi kedai-kedai yang lain. Namun begitu, suasana di sekitar penginapan cukup tenang tanpa sebarang gangguan kerana terletak jauh dari jalan utama.
Alamat: Lot 13, Seksyen 14, Kg Tasik Anak, Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, 07000 Pantai Cenang
7. Pemandangan Indah Guest House
Inginkan penginapan dengan pemandangan indah? Tak perlu cari di tempat lain, dari namanya sahaja anda telah mendapat gerenti pemandangan yang mempesonakan di Pemandangan Indah Guest House.
Anda boleh merancang untuk berbbq di sini menggunakan peralatan yang disediakan sambil menikmati pemandangannya. Setelah itu, jangan melepaskan peluang untuk ke Taman Rekreasi Pemandangan Indah yang terletak berdekatan untuk berkhemah ataupun berjoging.
Berkaitan dengan kemudahan lain yang disediakan pula, kelajuan akses wifi yang disediakan cukup tip-top!
Alamat: Jalan Padang Matsirat, Kampung Chenek Kura, 07000 Kampung Padang Masirat
6. Sunset Bay Cottage
Sunset Bay Cottage adalah sebuah penginapan yang terletak di Tanjung Rhu. Cottage ini terletak beberapa tapak sahaja dari pantai untuk anda menikmati bayu laut dan pemandangan penuh kebiruan yang menyejukkan mata. Anda juga boleh berbaring pada hammock yang disediakan untuk melelapkan mata sambil berangan atau membaca majalah.
Di dalam kawasan cottage ini sendiri, anda boleh bersantai di ruang tamannya untuk menenangkan fikiran sambil mendengar bunyi ombak. Lokasinya, terletak dekat dengan restoran masakan tempatan yang dibuka sehingga lewat malam.
Alamat: 88B Jalan Tanjung Rhu Kg Padang Lalang, 07000 Tanjung Rhu
5. The Daun Resort Langkawi
The Daun Resort Langkawi adalah sebuah penginapan luas dengan reka bentuk tradisional Melayu. Bukan itu sahaja, lanskap penuh kehijauan di kawasan sekitarnya turut menyempurnakan lagi atmosfera tradisional homestay indah ini.
Berhadapan dengan sungai kecil yang mengalir tenang dan pemandangan gunung-ganang, menjadikan lokasi ini sempurna sebagai penginapan untuk anda yang sudah puas bersekang mata dengan pemandangan bangunan konkrit di kota.
Dari The Daun Resort Langkawi untuk ke kawasan kota mengambil masa dalam sekitar 20 minit berjalan kaki. Tarikan lain seperti The Rice Museum hanyalah dalam 800 meter dari resort. Manakala, Underwater World Langkawi, Telaga Harbour, Summer Palace Langkawi dan banyak lagi terletak kurang 10 km dari resort.
Alamat: Jalan Kuala Muda, 07000 Pantai Cenang
4. Kapal Terbang Guest House Langkawi
Jika anda inginkan penginapan yang tidak membuatkan anda kelam-kabut untuk ke airport, jom menginap di Kapal Terbang Guest House Langkawi di mana airport hanyalah 10 minit pemanduan dari guesthouse ini.
Penginapan yang dikelilingi dengan taman tropika ini menawarkan 3 jenis penginapan luas dan selesa iaitu Holiday Home satu bilik tidur untuk 2 orang dewasa, Holiday Home satu bilik tidur untuk 4 orang dewasa, dan akhir sekali adalah Villa dengan 3 buah bilik tidur untuk 6 ke 8 orang penginap. Yang mana yang sesuai dengan kumpulan percutian anda?
Antara kemudahan yang disediakan adalah peralatan memasak yang lengkap di ruang dapur, mesin basuh dan banyak lagi peralatan moden yang lain. Lokasinya, terletak kurang 4 km dari Makam Mahsuri dan Beras Terbakar. Manakala Telaga Harbour, Underwater World Langkawi dan The Rice Museum pula terletak kurang 7 km dari penginapan.
Alamat: No.53A,Lot 1721, Kg.Perana, Mk.Kedawang, Langkawi, 07000 Pantai Cenang
3. Seaview Apartment
Seaview Apartment adalah penginapan moden yang sesuai bagi anda yang mementingkan sentuhan dekorasi yang menarik. Dihias dengan menggunakan warna-warna natural seperti coklat, putih dan kelabu, atmosfera di dalam Seaview Apartment ini terasa cukup santai dan tenang.
Apartment yang terletak di Jalan Penarak ini menyediakan 3 buah bilik tidur selesa untuk 5 orang penginap. Sebagai hiburan, anda sekeluarga boleh menonton pelbagai movie dan siaran menarik melalui Android TV yang disediakan di sini.
Kemudahan lain yang menambahkan kesempurnaan penginapan adalah mesin basuh, dapur yang lengkap dan lain-lain lagi. Menginap di apartmen ini juga membolehkan anda mendapat akses ke kolam renang dan pusat kecergasannya.
Alamat: Lot 40, Jalan Penarak, 07000 Kuah
2. Bahagia Villa
Bahagia Villa adalah sebuah penginapan apartmen dengan 3 buah bilik tidur luas yang selesa untuk 6 orang penginap. Apartmennya juga memiliki ruang ramu yang lengkap dengan sofa dan TV LCD sebagai hiburan.
Kemudahan lain yang disediakan adalah ruang dapur dengan sebuah microwave. Yang penting sekali, setiap ruang di dalam apartmen ini lengkap dengan penyaman udara masing-masing.
Lokasinya, terletak tidak jauh dari kawasan bandar. Tarikan-tarikan seperti Makam Mahsuri, Malaysia Book Village, Langkawi Kristal dan banyak lagi terletak kurang 5 km dari villa.
Alamat: Lot 929, Jalan Padang Masirat, 07000 Kuah
1. Kutum’s Cottage @eagleyevillage
Jika anda peminat suasana desa dan boho Kutum’s Cottage @eagleyevillage pasti akan menjadi rumah percutian kegemaran anda. Dikelilingi oleh itik, ayam dan burung-burung yang bergerak bebas, penginapan cottage ini menawarkan suasana yang sangat mendamaikan.
Rumah dengan 2 buah bilik tidur ini memiliki banyak tempat santai yang cukup menarik di mana anda boleh bersantai di atas hammock yang tergantung di dalam rumah, duduk di atas buaian di ruang tamu ataupun berehat di kerusi yang terdapat di halaman rumah. Setiap pelusuk rumah ini memiliki daya tarikan tersendiri.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan kafe yang menarik. Tarikan lain seperti Craft Cultural Complex dan Air Hangat Village terletak kurang 3 km dari penginapan.
Alamat: No 61 Kampung Padang Lalang
Inilah antara homestay di Langkawi yang boleh dipilih sekiranya anda bercadang untuk bercuti di ke pulau popular ini nanti. Wow, banyak juga ya? Namun banyak lagi sebenarnya homestay yang terdapat di Langkawi ini. Layari sahaja booking.com untuk melihat segala pilihan yang ada dari segenap pelusuk Langkawi dalam harga yang berpatutan.
Tapi jika homestay terasa terlalu besar untuk anda yang bercadang untuk bercuti secara solo ataupun dalam kumpulan yang kecil serta ingin berjimat, anda boleh membaca artikel kami tentang Hotel Bajet di Langkawi.
Bagi anda yang mengidamkan percutian yang sempurna dan sukar dilupakan dari ingatan, singgahlah untuk membaca artikel kami bertajuk 25 Hotel Terbaik di Langkawi.
Dari penginapan yang murah hinggalah yang penuh dengan kemewahan, segalanya ada di pulau yang indah ini. Jika penduduk dari seluruh dunia juga terpesona dengan pulau legenda ini, apa lagi yang anda tunggu-tunggukan? Jadikan percutian ke pulau ini satu realiti, anda pasti tidak dapat melupakan melupakan walau sesaat memori yang tercipta di sini. Selamat bercuti ke Langkawi!