Terkenal dengan kawasan pantainya yang indah berpasir putih, bandar pantai Port Dickson adalah sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Tarikan alam semula jadinya ini menjadikan ia secara tidak langsung kaya dengan pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki bot laju, snorkeling, bermandi-manda, menunggang kuda dan banyak lagi.
Bandar yang terletak di dalam Negeri Sembilan ini juga tidak kurang dengan tarikan menarik yang lain seperti peninggalan-peninggalan bersejarah, akuarium, kampung nelayan dan hutan simpan yang mendamaikan jiwa. Inilah antara penangan Port Dickson yang patut dirasai sesiapa sahaja walau sekali dalam seumur hidup.
Berlokasi tidak jauh dari KL, menjadikan ia pilihan warga kota untuk mendapatkan ketenangan di hujung minggu. Ingin menikmati ketenangan yang maksima sewaktu bercuti bersama keluarga di Port Dickson? Solusinya ada di sini. Kami telah menyenaraikan 25 homestay di Port Dickson yang menarik dan selesa yang terdapat di Port Dickson. Teruskan membaca untuk mencari pilihan hati anda.
25. Glory Beach Resort Seaview
Glory Beach Resort terletak di Tanjung Gemuk dan menawarkan akses terus ke pantai. Pemandangan dari apartment homestay ini juga sangat cantik dan luar biasa. Selain dari pantai, anda juga dapat menikmati kemudahan dan keselesaan sebuah resort dalam persekitaran yang cukup homely dan cozy. Unit apartment ini juga telah dihias dengan simple, mengambil kira keselesaan dan keseronokan untuk anda sekeluarga.
Apartment 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi ini mampu memuatkan sehingga 6 pax kesemuanya. Dalam bilik tidur pertama, terdapat 1 katil bersaiz queen dan 1 tilam futon yang juga bersaiz queen. Bilik tidur kedua pula terdapat 1 katil bersaiz queen. Di ruang tamu juga terdapat 1 katil sofa untuk anda tempatan sekurang-kurangnya 1 lagi tetamu. Apartment ini dilengkapi dengan WiFi dan kemudahan tersedia di resort seperti kolam renang, taman permainan, tempat BBQ, dan restoran menanti anda. Tambahan lagi, terdapat juga hiburan lain seperti mini golf dan turtle hut yang merupakan sebuah taman kura-kura dan penyu.
Alamat: Jalan Tanjung Gemuk, Port Dickson
24. Luxery Villa Sea Side
Ada di antara kita mahu bercuti sejenak tetapi mungkin mahu beramai-ramai bersama keluarga dan sanak saudara. Di Port Dickson ini terdapat sebuah Villa yang bukan sahaja cantik dan mewah, ia juga cukup besar untuk memuatkan tetamu yang ramai. Nak meraikan apa-apa sambutan istimewa juga sangat sesuai. Siap dengan kolam renang di anjung belakang rumah yang menghadap laut. Memang cantik.
Villa ini kelihatan seperti sebuah mansion di Hollywood Hills. Memang cantik luar dan dalam. Villa ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi. Berserta itu, anda juga boleh menikmati ruang tamu yang besar, ruang makan dengan meja yang besar, dapur yang serba lengkap dan tempat duduk di tepi kolam renang yang cukup selesa. Nak buat BBQ pon boleh. Untuk ke pantai, lalu saja pintu kecil di belakang rumah yang memberikan akses terus ke pantai dari kolam renang.
Alamat: Jalan Admiral 3, Port Dickson
23. BayView Suites Port Dickson by Maison
Simple, kemas dan praktikal adalah gambaran yang sangat tepat untuk homestay BayView Suites by Maison ini. Homestay ini merupakan jenis apartment dan sangat sesuai untuk anda dan keluarga untuk dapatkan penginapan selesa ketika bercuti nanti. Kurang 1km dari Pantai Cahaya Negeri, apartment ini convenient kerana berdekatan dengan kemudahan-kemudahan lain juga seperti restoran dan kedai-kedai.
Apartment 2 bilik ini sangat sesuai untuk keluarga atau kumpulan bercuti yang kecil. Memuatkan sehingga 7 orang dengan selesa, apartment ini juga lengkap dengan 1 bilik mandi. Selain itu, anda juga dialu-alukan menggunakan fasiliti tersedia di apartment ini seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan BBQ. Anda juga boleh menikmati dan berhibur dengan mudah dengan sambungan WiFi percuma yang mereka sediakan.
Alamat: Unit A-8-2, Block A, BayView Villas Condominium, Batu 6, Jalan Pantai, Kampung Teluk Kemang Block A, Port Dickson
22. Comfy Beachfront View at Seri Bulan Condominium
Sebuah lagi homestay jenis apartment yang kami rasa cukup sesuai untuk anda dan keluarga atau rakan-rakan ialah Comfy Beachfront View at Seri Bulan Condominium. Apartment ini dihias dengan cukup simple tetapi nampak kemas dan teratur dan agak bergaya. Hanya 200m dari Pantai Sri Purnama, anda akan menikmati akses langsung ke pantai dari condominium ini. Mudah, kan?
Apartment 2 bilik tidur ini sesuai untuk 4-5pax, dengan katil tambahan di sofa di ruang tamu. Apartment ini juga lengkap dengan sambungan WiFi dan TV untuk hiburan anda. Dapur yang lengkap dengan cerek, peti sejuk, microwave dan sebagainya juga akan memudahkan anda sekeluarga nanti. Selain dari itu, fasiliti tersedia di condominium juga dapat anda gunakan. Ini termasuk kolam renang, tempat BBQ dan taman permainan kanak-kanak.
Alamat: A508-2, Jalan Pantai, Batu 8, Seri Bulan Apartment, Port Dickson
21. Sea La Vie @ Laguna Condo Resort
Keselesaan dan kelengkapan seperti rumah dalam suasana mewah sebuah hotel adalah pengalaman bercuti yang ditawarkan oleh Sea La Vie homestay yang terletak di Laguna Condo Resort. Apartment ini cukup selesa dan dihias dengan begitu menarik. Siap dengan hiasan tuala dan minuman refreshing sekali. Apartment ini terletak 2.5km dari Pantai Blue Lagoon dan berdekatan dengan kedai-kedai makan untuk kemudahan anda.
Apartment ini mempunyai 2 bilik, namun dengan katil-katil dan perabot praktikal, ianya mampu memuatkan sehingga 7 pax dengan cukup selesa. Ruang tamu yang selesa bersama TV dan ruang makan yang cantik melengkapkan lagi percutian anda. Dapur ringkas tetapi serba lengkap juga memberikan anda alternatif untuk menyediakan makanan. Anda juga dapat menikmati kolam renang, taman permainan dan lain-lain fasiliti yang tersedia di sini.
Alamat: B2-05-03, laguna Condo Resort, 710500 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
20. Simons Place @ Regency Tanjung Tuan Beach Resort
Regency Tanjung Tuan Beach Resort merupakan antara resort yang terkenal di Port Dickson. Di sini juga terdapat sebuah unit apartment yang dipanggil Simons Place. Apartment yang telah diubah sebagai homestay ini menawarkan penginapan yang selesa untuk anda dan keluarga. Ia juga menawarkan kemudahan dan fasiliti di sekitar resort. Suasana percutian anda pastinya terasa mewah dan selesa.
Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. 2 bilik tidur lengkap dengan katil bersaiz Queen dan sebuah lagi bilik tidur mempunyai 1 katil single dan 1 katil single 2-tingkat. Ini akan memuatkan sehingga 7 pax dengan selesa. Ruang tamu dengan TV juga selesa untuk anda sekeluarga. Dapur ringkas juga tersedia. Anda juga akan menikmati fasiliti resort seperti kolam renang, tennis court dan macam-macam lagi.
Alamat: Block A, 3rd floor unit no 9, 5 mile, Jalan Pantai, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson
19. The Whale Bayview
Sebuah lagi apartment homestay di BayView Suites ialah The Whale. Sesuai dengan namanya, apartment ini dihias dengan gambar ikan paus di sekitar rumah. Comel sangat! The Whale homestay ini juga dihias dengan sangat kemas dan bergaya. Penggunaan warna-warna ceria menambahkan lagi seri kepada homestay ini. Tentu, ceria saja percutian anda.
Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Kedua-dua bilik dilengkapi dengan 1 katil bersaiz single dan 1 katil bersaiz queen. Jadi, secara umumnya, muatlah keluarga atau kumpulan bersaiz 6 pax dengan cukup selesa. TV dan penghawa dingin di serata rumah akan menambahkan lagi keselesaan buat anda para tetamu. Apartment yang tidak jauh dari Pantai Cahaya Negeri ini juga dilengkapi dengan fasiliti seperti kolam renang dan pit BBQ untuk kegunaan anda nanti.
Alamat: BayView Villas Condominium, Block B-12-5, Batu 6, Jalan Pantai, Kampung Teluk Kemang, Port Dickson
18. Seaview D’Wharf Executive Suites
Sebuah homestay yang lebih sesuai untuk keluarga kecil atau pasangan ialah Seaview D’Wharf Executive Suites. Homestay ini telah dihias dengan cukup elegan dan klasik. Yang menariknya tentang homestay ini ialah akses kepada makanan yang berdekatan dengan apartment ini. Di seberang jalan sahaja ada McDonald’s. Akses ke pantai juga dekat sahaja. Malah, belakang McDonald’s tadi sudah pon ada pantai. Dari balkoni apartment pon pemandangan pantai yang cantik dapat dilihat.
Apartment 1 bilik ini menyediakan 1 katil bersaiz queen dan juga 1 katil sofa di ruang tamu. Jadi, jika anda mempunyai 1 atau 2 anak kecil, sudah memadai. Apartment juga lengkap dengan dapur kecil yang lengkap dengan kelengkapan seperti microwave dan cerek. Mereka turut menyediakan pinggan mangkuk untuk anda gunakan nanti. Selain dari itu, kolam renang dan taman permainan yang tersedia di apartment ini juga boleh digunakan sepanjang penginapan anda.
Alamat: Persiaran Waterfront, PD Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
17. The Serene Homestay Port Dickson
The Serene Homestay merupakan sebuah homestay jenis rumah teres yang bukan sahaja cantik tetapi bersih, kemas dan selesa. Sesuai dengan namanya, memang menginap di sini akan membuatkan anda rasa serene atau tenang. Homestay ini terletak lebih kurang 2km dari Pantai Sri Purnama. Ia juga berdekatan dengan kedai-kedai makan dan kedai serbaneka yang akan memudahkan anda ketika bercuti nanti.
The Serene Homestay mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Rumah yang luas ini juga dilengkapi dengan ruang tamu yang cantik berserta TV. Ruang makan juga kemas dan bersih untuk keselesaan anda sekeluarga. Terdapat dapur ringkas yang lengkap dengan peti sejuk, periuk nasi, tempat masak dan perkakas-perkakas lain. Di bahagian luar, tempat letak kereta juga luas dan terdapat sedikit ruang untuk si kecil bermain. Bersebelahan dengan jalan rumah ini juga terdapat taman permainan.
Alamat: 58, Jalan 2/3 Taman Intan Perdana, Port Dickson
16. D’Rusa Homestay
D’Rusa Homestay ialah sebuah rumah teres yang telah diubah suai menjadi homestay yang selesa untuk anda dan keluarga. Bagi Kami, rumah ini sudah cukup sesuai untuk dijadikan tempat bercuti bersama keluarga besar atau family day. Pantai yang berdekatan dengan homestay ini ialah Tanjung Gemuk yang terletak lebih kurang 2.7km dari homestay D’Rusa.
Rumah selesa ini mempunyai 4 bilik tidur dan 1 bilik mandi. Dengan kelengkapan dan perabot yang sesuai, lebih kurang 12 pax akan muat untuk menginap di sini. Anda juga akan dibekalkan dengan kemudahan lain seperti dapur yang serba lengkap dengan peti sejuk, periuk nasi, microwave, cerek, dan perkakas-perkakas makan. Selain itu, kemudahan dan kelengkapan untuk BBQ juga ada disediakan. Meja dan kerusi plastik untuk kegunaan di luar juga ada.
Alamat: PT 857, Taman Sentosa Lukut, Port Dickson
15. Bayview Villa PD
Sebuah lagi apartment homestay yang ada di BayView Suites ialah Bayview Villa PD. Apartment yang terhias indah dengan penuh bergaya ini tampak manis ala rumah pantai dia Eropah. Ia juga menawarkan pemandangan Pantai Cahaya Negeri yang hanya 1km berjauhan dari apartment ini. Bayview Villa PD ini bukan sahaja cantik dan selesa, ia juga serba lengkap dengan amenities dan fasiliti untuk kemudahan dan keseronokan anda.
Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Sesuai untuk keluarga dan kumpulan bercuti seramai 6 pax dengan selesa, apartment ini juga menyediakan kemudahan seperti TV dan penghawa dingin. Selesa lah untuk anda dan keluarga berehat selepas seharian di pantai. Dapur yang lengkap dengan peti sejuk, microwave, cerek dan peralatan lain juga boleh digunakan. Di apartment ini juga terdapat fasiliti seperti kolam renang, restoran dan kedai serbaneka.
Alamat: Batu 6, Jalan Pantai, Kampung Teluk Kemang, Port Dickson
14. Sea La Vie Goldy @ Laguna Resort
Sebuah lagi koleksi dari Sea La Vie Homestay ialah Sea La Vie Goldy yang juga terletak di Laguna Resort. Kali ini, homestay ini berpenampilan serba mewah dengan hiasan keemasan. Sangat istimewa. Pantai terdekat ialah Pantai Sri Purnama. Berdekatan juga terdapat pelbagai restoran dan kedai-kedai serbaneka.
Walaupun hanya mempunyai 1 bilik tidur, namun apartment jenis studio ini mampu memuatkan sehingga 5 pax dengan cukup selesa. Dalam bilik tidur, mereka sediakan 1 katil single dan 1 katil bersaiz queen manakala di ruang tamu terdapat 2 katil sofa. Untuk sebuah studio, ia memang luas dan besar. Ruang makan yang telah tersedia dengan kelengkapan makan juga cantik dan menawan. Dapur ringkas juga tersedia untuk kegunaan anda.
Alamat: B1-05-04 Laguna Condominium Resort, Batu 9 Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Port Dickson
13. Lexi Port Dickson
Inginkan sebuah percutian yang istimewa? Cubalah Lexi Port Dickson Homestay yang terletak di dalam Grand Lexis. Sebuah apartment 1 bilik, Lexi Port Dickson tampil dengan look dan gaya ala resort yang cukup menenangkan. Lokasinya yang terletak di atas air juga memberikan anda pemandangan yang istimewa dari balkoni.
Lebih sesuai untuk pasangan bulan madu atau keluarga kecil, Lexi Port Dickson dilengkapi dengan sebuah katil Queen dan sebuah katil sofa. TV dan balkoni melengkapkan lagi suasana resort ini. Nikmati fasiliti yang tersedia seperti kolam renang dan restoran untuk menambah keseronokan dan keindahan percutian anda.
Alamat: Grand Lexis 29L, Port Dickson
12. Norjannah Homestay @ Regency Tanjung Tuan Resort
Sebuah lagi homestay yang terletak di Regency Tanjung Tuan Resort ialah Norjannah Homestay. Dengan akses mudah ke Pantai Cahaya Negeri, homestay ini juga menawarkan pemandangan hebat dari balkoninya. Fasiliti-fasiliti tersedia di Regency Tanjung Tuan Resort ini akan memberikan suasana bercuti yang istimewa buat anda sekeluarga serta menambahkan keseronokan kepada percutian anda. Selain dari akses mudah ke pantai, resort ini juga menawarkan kolam renang, restoran dan lain-lain untuk kemudahan anda.
Norjannah Homestay menawarkan unit apartment 1 bilik tidur ala studio. Jadi, ia lebih sesuai untuk pasangan dan keluarga kecil. Secara amnya, homestay Norjannah ini mampu menampung sehingga 5 pax dengan selesa. Dengan sebuah katil single dan sebuah katil bersaiz queen disediakan di dalam bilik, terdapat juga sebuah katil sofa di ruang tamu. Apartment ini juga lengkap dengan dapur ringkas yang dilengkapi dengan microwave, peti sejuk dan kelengkapan lain. Ruang tamu juga lengkap dengan TV dan penghawa dingin tau.
Alamat: Jalan Pantai, Port Dickson
11. Hidden Gem @ Marina View Villas
Terdapat beberapa unit apartment yang telah diubah suai menjadi homestay istimewa, selesa dan cantik di Marina View Villas Port Dickson. Mereka digelar sebagai Hidden Gem homestay. Sesuai dengan nama diberi, unit-unit homestay di sini telah dihias dengan cukup cantik. Gaya modern, fresh dan simple membuatkan unit-unit homestay di sini tampak mewah dan eksklusif. Hanya 1.2km dari Pantai Cahaya Negeri dan 2.9km dari Pantai Sri Purnama, anda dapat menikmati lain-lain pantai jika anda mahu.
Unit-unit homestay ini mempunyai 1 bilik tidur. Namun, kesemuanya mempunyai dekorasi dan layout yang berbeza. Jadi, muatan tetamu juga berbeza. Secara amnya, setiap unit boleh memuatkan 3-4 pax dengan selesa. Namun, kami rasa homestay Hidden Gem ini lebih sesuai buat pasangan atau keluarga yang kecil. Setiap unit homestay juga lengkap dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Kelengkapan seperti peti sejuk cerek dan TV akan memudahkan lagi percutian anda nanti.
Alamat: A-01-08 Kampung Baharu, Jalan Pantai, Batu 5 ½, Marina View PD World Marina Resort, Port Dickson
10. Glory Beach Resort Seaview 3 rooms
Glory Beach Resort di Tanjung Gemuk memang mempunyai beberapa pilihan homestay. Namun, Glory Beach Resort Seaview 3 rooms ini mungkin akan menjadi pilihan ramai. Bukan sahaja sesuai untuk keluarga atau kumpulan bercuti yang lebih besar, ia juga telah dihias dengan sangat cantik dan menarik. Dengan tema nautical, rona biru muda membuatkan tempat percutian ini tampak lebih tenang dan damai.
Apartment 3 bilik ini boleh memuatkan sehingga 10 pax tau. Ia juga dilengkapi dengan 2 bilik mandi, ruang tamu yang selesa, ruang makan dan dapur ringkas yang serba lengkap. Kelengkapan seperti peti sejuk, microwave dan perkakas makan semua telah disediakan. Tambahan pula, Glory Beach Resort ini memang padat dengan aktiviti-aktiviti menarik. Ada mini golf, kolam renang, taman permainan, sanktuari penyu dan macam-macam lagi.
Alamat: Jalan Tanjung Gemuk, Port Dickson
9. Villa Lot 1638
Rasanya jika anda menginap di Villa Lot 1638, anda mungkin terasa seperti ingin membatalkan rancangan untuk bergerak ke mana-mana. Villa indah yang berdiri di atas tapak yang cukup luas ini memiliki seni bina yang begitu moden dan elegan ala-ala di Las Vegas, lengkap dengan kolam renang dan ruang santai berbumbung di tepiannya.
Untuk penginapannya, Villa Lot 1638 menawarkan 9 unit Semi Detached 2 Room Villa, 1 unit 1 Room Garden Villa dan 3 Private Suite Rooms. Kesemua bilik di dalam villa ini dihias dengan begitu teliti dengan konsep yang pelbagai, dari elegan, moden hinggalah ke hipster.
Villa ini turut menyediakan ruang dapur dengan stok snek dan minuman percuma untuk dinikmati sambil menyelami keindahan kawasan sekitar villa. Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah pit bbq, dapur memasak, buaian dan taman yang indah.
Lokasinya pula terletak tidak jauh dari pantai yang boleh diakses hanya dalam 12 minit berjalan kaki dari villa.
Alamat: Lot1638, Jalan Esso, Batu 1, 71000 Port Dickson
8. Wonderland Private Chalet at Port Dickson
Penginapan yang terletak di Jalan Seremban Taman Tanjung ini, Wonderland Private Chalet at Port Dickson merupakan penginapan 4 bintang yang menyajikan pemandangan air laut biru yang sangat memuaskan pandangan.
Setelah puas menyajikan mata dengan pemandangan air laut, badan yang tiba-tiba menginginkan kesegaran berendam di dalam air boleh terus berseronok di kolam renang yang tersedia di chalet ini. Jika malas untuk keluar bilik, di dalam chalet anda sendiri terdapat kemudahan tab mandian yang besar untuk menyegarkan badan dalam keadaan penuh privasi.
Mengenai biliknya pula, cukup luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga. Tidur malam? Sudah semestinya lena dengan bunyi pukulan ombak menemani sepanjang malam. Kemudahan lain yang disediakan chalet ini adalah taman permainan kanak-kanak. Segalanya sempurna di Wonderland Private Chalet at Port Dickson.
Lokasinya pula, bagi anda yang ingin menikmati juadah makanan laut, Medan Ikan Bakar terletak kurang 10 minit perjalanan dari chalet.
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban Taman Tanjung, 71000 Port Dickson
7. RC Cape Nautica Villas
Menawarkan pemandangan air laut ataupun kolam renang, RC Cape Nautica Villas sememangnya sebuah penginapan yang cukup mendamaikan.
Menawarkan apartment dengan 2 buah bilik tidur, 3 buah bilik tidur dan apartment dengan 4 buah bilik tidur. Sekiranya anda datang dengan keluarga yang ramai, apartment 4 bilik tidur ataupun apartment keluarga ini mampu menampung dalam 10 orang penginap.
Ruang tamu dan bilik-bilik di apartment ini juga cukup luas untuk keselesaan penginapan anda. Kemudahan lain yang turut disediakan di dalam kesemua apartment ini adalah ruang dapur yang lengkap dengan pelbagai fasiliti memasak.
Untuk beraktiviti bersama keluarga, anda boleh merancang untuk berbbq di ruang bbq yang disediakan sambil menikmati udara luar. Lokasinya pula, terletak tidak jauh dari kedai makan dan pasaraya yang masing-masing kurang 1 km dari villa.
Alamat: Cape Nautica Villas, Jalan Pantai Batu 5 1/2, 71050 Port Dickson
6. Snooze Boxe Port Dickson
Pernah menginap di chalet kontena? Kalau tak pernah, apa kata kalau anda memilih Snooze Boxe semasa bercuti di Port Dickson nanti? Lengkap dengan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, tak cukup rasanya sehari sahaja menginap di sini. Selain itu, anda juga boleh merancang untuk melakukan aktiviti lain seperti berbbq, bersukaneka, dan lain-lain.
Walaupun ditawarkan dalam harga permulaan yang sangat murah iaitu dari hanya RM25/semalaman, tidak bermakna hotel ini terletak di lokasi yang jauh dari tarikan, sebab ia sebenarnya antara chalet yang paling strategik boleh anda temui di Port Dickson. Antara tarikan yang terletak berdekatan adalah seperti Pantai Saujana, Pulau Burung, Pantai Cahaya, Muzium Angkatan Tentera Malaysia, PD Waterfront, Pusat Ikan Hiasan, Edu-Ecotourism Sungai Menyala dan banyak lagi.
Nak tahu apa lagi yang menarik tentang penginapan ini? Jom baca review Snooze Boxe Port Dickson.
Alamat: Snooze Boxe Pd Chalet, Lot 1466, Jalan Pantai Kg Si Rusa, Batu 4, 71000 Port Dickson
5. Seri Bulan Condo
Penginapan strategik, menginap di Seri Bulan Condo ini membolehkan anda melawati banyak lokasi menarik di sekitar Port Dickson tanpa perlu bergerak jauh.
Mana tidaknya, hanyalah 2 minit berjalan kaki dari homestay anda sudah boleh sampai ke tarikan alam semula jadi yang indah Pantai Teluk Kemang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang cukup memukau.
Bukan itu sahaja, tarikan seperti Port Dickson Ostrich Farm hanyalah 5 minit dari homestay dan Rumah Api Port Dickson pula hanyalah 10 minit pemanduan.
Mengenai penginapannya pula, cukup luas untuk percutian bersama keluarga. Setiap sudut rumah ini dihias dengan ringkas, ruang tamunya pula selesa untuk anda bersantai menikmati minum petang sambil menonton TV. Tidak mahu sesaat pun berlalu tanpa keseronokan? Anda boleh beramai-ramai berseronok di kolam renang luas yang disediakan di sini.
Alamat: Lot 745, Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
4. Paradise Lagoon Apartment
Pemandangan seperti di syurga dapat anda nikmati di Paradise Lagoon Apartment. Apartment-apartment yang disediakan di sini menyajikan pemandangan laut yang cukup mendamaikan jiwa untuk dinikmati dari ruang balkoni.
Pemandangan memukau terutama sekali dapat dinikmati ketika mentari terbenam. Sudah puas menyajikan mata dengan keindahan alam, anda boleh menikmati mandian menyegarkan di kolam renang apartment sambil menghirup udara segar.
Lokasinya pula, terletak tidak jauh dari Muzium Tentera yang hanyalah 5 minit pemanduan dari apartment. Tarikan lain seperti Port Dickson Ostrich Farm dan Kubu Lukut hanyalah dalam 15 minit pemanduan.
Alamat: Block-D-L1-6, Batu 2, Jalan Pantas, 71000 Port Dickson
3. Kapitan Lodge
Kampung yang ceria penuh warna-warni, inilah suasana yang dapat anda nikmati di Kapitan Lodge. Penginapan dengan sentuhan dalaman yang unik ini turut mengetengahkan konsep “Kembali ke Alam Semula Jadi,” yang cukup jelas terpancar dari kedudukannya yang dikelilingi oleh pokok-pokok hijau dan halaman dengan rumput hijau yang terbentang luas untuk anda sekeluarga beraktiviti.
Suasana kampung Kapitan Lodge ini ditambah lagi dengan kewujudan reban-reban ayam di halamannya, memang seronoklah anak-anak anda mengejar ayam cuti nanti. Bukan itu sahaja, anda juga akan dibangunkan dengan bunyi kokokan ayam yang persis di kampung halaman. Terubat rindu dengan kawasan kampung, tak gitu?
Bukan hanya cantik di mata dengan pemandangan yang mendamaikan jiwa, rumah kampung ini juga tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan moden seperti TV, pemain DVD, peti ais, microwave dan banyak lagi. Se’kampung’ mana pun konsepnya, kemudahan moden tetap tersedia untuk keselesaan anda.
Alamat: 2671, Kg segenting Bt 11 Port Dickson, 71250 Port Dickson
2. Akar Beach Resort
Teringin untuk berumah di tepi pantai? Apa kata kalau untuk cuti kali ini, anda jadikan impian ini sebagai realiti dengan menginap di Akar Beach Resort. Lokasinya, hanyalah 1 minit berjalan kaki untuk ke kawasan pesisir pantai.
Resort 3 bintang ini juga terletak di lokasi yang jauh dari keriuhan kota, menjadikan Akar Beach Resort sebuah pilihan penginapan yang tepat bagi anda yang mendambakan ketenangan yang sebenar.
Disebabkan lokasinya yang begitu dekat dengan pantai, bunyi pukulan ombak yang menyegarkan deria dapat dinikmati tanpa mengira masa. Untuk beraktiviti, jika berseronok dengan air pantai masih tidak mencukupi, anda boleh bermandi-manda di kolam renang resort yang cukup luas.
Alamat: Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson
1. Tasik Villa International Resort
Tasik Villa International Resort adalah sebuah penginapan bertaraf 4 bintang yang cukup sempurna fasilitinya dari kolam renang, pusat kecergasan, bilik sauna hinggalah khidmat urutan. Bukan itu sahaja, sesetengah penginapan yang ditawarkan seperti Family Villa dan 2 Rooms Villa resort ini memiliki kolam renang peribadi untuk anda terjun pada bila-bila masa.
Setelah puas berendam di dalam air kolam, anda boleh bersantai di ruang balkoni villa untuk menikmati pemandangan lanskap indah di sekitar resort sambil menghirup teh panas. Inilah percutian yang sempurna.
Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut, Port Dickson, 71010 Port Dickson
Banyak sekali homestay di Port Dickson yang menarik dan selesa? Ada yang berjaya menarik hati anda? Jika harga yang ditawarkan agak terkeluar dari bajet percutian dan anda merancang untuk bercuti dalam kumpulan yang kecil, apa kata kalau anda baca artikel kami bertajuk 25 hotel murah di Port Dickson.
Namun, sekiranya anda inginkan percutian yang menyeronokkan dengan pengalaman sempurna yang tidak dapat dilupakan selamanya, carilah salah satu penginapan yang terdapat di dalam artikel kami bertajuk hotel terbaik di Port Dickson.
Anda rasa pilihan penginapan di Port Dickson terhad kepada yang tersenarai di dalam artikel sahaja? Tidak sama sekali, kerana tempat-tempat menginap di Port Dickson ini terlampau banyak, tak percaya? Anda boleh layari booking.com untuk melihat semua pilihan yang ada dalam harga yang berpatutan.
Tunggu apa lagi? Bila penginapan sudah dibooking, anda boleh terus hidupkan enjin kereta untuk menuju ke destinasi menawan, pantai berpasir putih Port Dickson yang tidaklah sejauh mana dari KL ini. Semoga berseronok di Port Dickson!